© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / Tersalah Tekan Minyak Wanita Rempuhan Tapak Penjaja

Tersalah Tekan Minyak Wanita Rempuhan Tapak Penjaja

GEORGE TOWN – Lain jadinya apabila seorang pemandu wanita yang berniat mahu mengundurkan keretanya tetapi berakhir dengan kejadian rempuhan di tapak penjaja sementara Lorong Baru di sini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6.30 petang Jumaat itu telah mencederakan seramai enam orang awam yang terdiri daripada peniaga dan pelanggan di tapak penjaja berkenaan.

The Star melaporkan, pemandu tersebut terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah van sebelum insiden rempuhan itu berlaku.

Kereta yang dipandunya meluncur laju sejauh beberapa meter lalu merempuh beberapa gerai dan orang awam sebelum akhirnya berhenti di sebuah kedai kopi.

Sementara itu, pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dan mangsa yang terlibat sudah dihantar ke hospital berhampiran.

Terdahulu, mStar Online melaporkan, rakaman mengenai kejadian rempuhan kereta yang berlaku pada petang Jumaat mula dikongsikan di laman sosial Facebook, Penang Kini kira-kira pukul 8 malam.

 

 


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Logik Mahathir: Bawa Pelaburan – Gadai Negara, Pinjam Bank China – Takde Apa-Apa…

PENULIS belum pernah lagi mendengar mana-mana kerajaan negeri di negara ini meminjam ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this: