© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Aidil Aziz lega digugurkan daripada sabitan kes dadah

Aidil Aziz lega digugurkan daripada sabitan kes dadah


SELEPAS sembilan bulan, pelakon Aidil Aziz akhirnya disahkan bebas daripada pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 456 gram September lalu.

Keputusan itu dibacakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta pada Khamis selepas laporan siasatan penuh diperolehi daripada pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, saya sudah boleh menarik nafas lega dan bersyukur atas keputusan ini. 

“Sekarang saya sudah boleh kembali fokus kepada kerjaya seni dan perniagaan saya memandangkan siasatan pihak berkuasa pun sudah selesai.

“Kebenaran akan terbukti sama ada cepat atau lambat,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Short Cut Barbershop di eCurve, Damansara semalam.

Turut bebas daripada pertuduhan tersebut, R. Guevara Cortez, 33, yang ditahan bersamanya di sebuah kediaman di Jalan Ampang.

Terdahulu, Aidil telah dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dan akan terus berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

September lalu, pelakon Lara Terindah itu telah ditahan untuk siasatan bersama dua orang lagi rakannya selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 456 gram dan memiliki senjata berbahaya.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 28, ditahan bersama Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez di sebuah kediaman di Jalan Ampang.

Pada 7 Oktober 2016, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Aidil bakal kembali ke set penggambaran drama bersiri 40 episod tidak lama lagi selain giat mempromosikan bisnes makanan Kingmangifera.

Teks oleh: Amri Hassan


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Bung Mokhtar Radin dan Zizie Izette bakal timang anak kembar

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Seri Zizie Izette mengumumkan berita yang dia kini ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this: