© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / Lagi Bukti Muslihat DAP Berselindung Di Sebalik Agenda Kristianisasi

Lagi Bukti Muslihat DAP Berselindung Di Sebalik Agenda Kristianisasi

D.E Leaks – Pendedahan oleh Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff tentang agenda Kristianisasi yang dibawa oleh YB Hannah Yeoh melalui gerakerja politiknya bukanlah sesuatu yang baharu.

Ia sebaliknya memanjangkan lagi senarai bukti dan hujah yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak sebelum ini tentang gerakan Kristianisasi di Malaysia khususnya di Selangor.

Hannah Yeoh dalam buku tulisannya, Becoming Hannah, seperti yang didedahkan oleh Dr. Kamarul Zaman (DKZ) itu, secara terbuka mengakui penglibatannya dalam bidang politik telah dibantu oleh gereja baik dari segi dana, kempen dan sebagaimanya.

Lebih menarik, Hannah juga menceritakan bagaimana beliau menggunakan pengaruhnya dalam politik untuk menyebarkan dakyah Kristian khususnya dalam kalangan anak muda.

Agenda Hannah Yeoh juga boleh dilihat melalui usaha beliau, secara efektif, menggunakan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menghalang sebarang usul yang dibawa oleh ahli-ahli dewan yang beragama Islam untuk memperkasakan Islam di negeri ini termasuk usul menambahbaik fungsi dan peranan mahkamah syariah.

Sebagai contoh, pada 26hb Julai 2016, ADUN Permatang Pasir, YB Datuk Haji Sulaiman bin Haji Abdul Razak telah menghantar surat memaklumkan akan membawa usul memperkasa institusi mahkamah syariah di negeri ini tetapi ditolak oleh Hannah Yeoh seperti yang dinyatakan melalui satu surat balas bertarikh 2hb November 2016.

Tindakan ini jelas sekali telah mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Selangor sekaligus membelakangi kedudukan, fungsi dan peranan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Ia juga menjelaskan lagi kenapa DAP lebih berminat terhadap jawatan Speaker berbanding jawatan Menteri Besar. Melalui jawatan ini, DAP mempunyai kuasa penuh mengawal dan menentukan sebarang usul yang akan dibentangkan dan dibahaskan oleh ahli dewan.

Ternyata, kuasa ini telah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh Hannah Yeoh untuk mengawal perkembangan dan kemajuan agama Islam di Selangor.

Malangnya masih ramai orang Islam yang gagal memahami helah dan muslihat DAP. Malah, lebih mendukacitakan kita apabila melihat segelintir orang Islam sendiri beriya-iya membela Hannah Yeoh dan DAP seolah-olah mereka ini langsung tidak terkesan dengan agenda Kristianisasi yang sedang melanda negara ketika ini.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Setiawangsa

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this: