© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Ekslusif / Ucapan tahniah banjiri laman sosial buat Tunku Tun Aminah

Ucapan tahniah banjiri laman sosial buat Tunku Tun Aminah


PERKHABARAN tentang Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim yang bakal berkahwin 14 Ogos ini, disambut penuh gembira oleh rakyat Malaysia umumnya, dan warga Johor khususnya.

Rata-rata netizen membanjiri laman sosial Johor Southern Tigers dan laman Facebook Sultan Ibrahim dengan ucapan tahniah dan doa, semoga perkahwinan yang bakal dibina berkekalan ke akhir hayat.

Sebagai puteri tunggal Sultan Johor, personaliti Tunku Tun Aminah dilihat sangat dekat dengan masyarakat di negeri itu, apatah lagi selepas mengambil alih kepimpinan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), kira-kira setahun yang lalu.

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat ‘mengusik’ jejaka-jejaka yang meminati Tunku Tun Aminah dalam diam, agar segera move on.

Bagi kaum hawa yang mengagumi beliau pula, sudah pasti mereka tidak sabar untuk melihat puteri kesayangan berpakaian pengantin yang tentunya akan menyerlahkan lagi kejelitaannya.

Tunku Tun Aminah, 31, bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Perempuan baik hanya ada di syurga bukan di sini

“SAYA tak cakap semua perempuan macam itu, tapi saya yakin ramai yang ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this: