© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Ahmad Idham tetap bersyukur | Harian Metro

Ahmad Idham tetap bersyukur | Harian Metro

FILEM Minah Moto arahan Ahmad Idham Nadzri sekadar selesa mengutip hampir RM500,000 sahaja selepas semua pawagam menamatkan tayangan filem itu sejak hujung minggu ini.

Ahmad Idham ketika dihubungi berkata, isu berbangkit ialah ramai ‘budak moto’ tidak sempat menonton filem itu selepas semua pawagam di sekitar Lembah Klang menarik keluar filem itu, seminggu lebih awal.

“Kebanyakan penonton kategori ‘budak moto’ pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga dan apabila pulang semula ke Kuala Lumpur untuk beri sokongan, pawagam sudah pun menarik keluar.

“Tapi saya bersyukur sebab kutipan tertinggi banyak disumbangkan daripada pawagam di luar Kuala Lumpur dan Lembah Klang,” katanya.

Produser Aifa Motion Pictures itu berharap ‘budak moto’ akan memberi sokongan sebaik saja Minah Moto ditayangkan di Astro First bermula 20 Julai ini.

Biar pun teruk dikecam netizen melalui filem Minah Moto, Ahmad Idham akan kembali melalui filem genre romantik Pencuri Hati Mr Cinderella ditayangkan pada Ogos ini.

Pada masa ini, dia sedang menjalani penggambaran sebuah filem berkaitan pasukan bomba berjudul Qhaliq.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Bung Mokhtar Radin dan Zizie Izette bakal timang anak kembar

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Seri Zizie Izette mengumumkan berita yang dia kini ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this: