© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Hamil empat bulan | Harian Metro

Hamil empat bulan | Harian Metro

Aktres juga peninju jelita, Lee Si Young, 35, baru saja mengumumkan mengenai rancangan untuk berkahwin dan pada waktu sama bakal bergelar ibu.

Pengumuman mengejutkan itu dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya pada 13 Julai lalu.

“Saya agak malu, kali pertama saya menulis hal itu melalui media sosial. Daripada membiarkan semua peminat mengetahuinya daripada media, saya ingin jadi orang yang berkongsi sendiri berita ini. Saya harap dengan tindakan saya ini tidak ada pihak salah faham,” tulisnya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu lagi, Lee Si Young merancang untuk berkahwin dengan insan yang disayanginya pada musim luruh ini.

Walaupun mengejutkan namun keputusan itu dirasakan yang terbaik untuknya.

Tambahan pula komitmen terhadap drama lakonannya sudah pun selesai.

Lee juga sudah bercerita mengenai perancangan hendak berkahwin kepada ahli keluarganya.

Sebab utama perkahwinan diawalkan kerana aktres itu sudah mengandung empat bulan.

“Saya dapat tahu perkara itu ketika penggambaran drama. Saya bimbang dan takut dengan berita mengejutkan itu tapi masa sama bersyukur kerana akan muncul kehidupan baru.

“Disebabkan sangat sibuk, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya juga tidak mahu pasukan produksi drama terganggu dengan apa yang berlaku kepada saya (mengandung), sekali gus berita itu terpaksa dirahsiakan dulu,” tulisnya lagi.

Ketakutan utamanya jika drama sedang dihasilkan itu bermasalah kerana dia sudah berbadan dua. Sebab itu dia dan bakal suami memilih untuk menutup mulut sehinggalah penggambaran drama selesai.

Dia tidak nafikan babak aksi perlu dilakukan untuk drama itu bukan perkara mudah tapi apabila lihat bayi dalam kandungan membesar dengan sihat, ia memberi kekuatan kepada pelakon itu.

Ia juga membuatkan Lee Si Young lebih positif ketika penggambaran drama itu berbanding ketika set penggambaran filem atau drama lain, sebelum ini.

Sebelum menulis pesanan itu, dia secara peribadi memberitahu pengarah dan kru di set mengenai berita terbabit termasuk pihak agensi.

“Saya rasa lebih mempunyai sifat memaafkan dan meminta maaf. Syukur sebab mereka beri respons kepada situasi itu. Ada juga yang minta maaf sebab tidak tahu keadaan saya ketika itu.

“Selepas berdiskusi dengan keluarga kedua belah pihak, kami ambil keputusan mengadakan majlis perkahwinan pada 30 September ini,” tulisnya.

Jelasnya, dia mahu bekerja lebih keras untuk beberapa baki penggambaran drama yang telah melamarnya sebelum ini dan merancang untuk menjadi ibu yang bagus.

Dia juga berjanji untuk menjadi isteri yang baik dan lebih bersyukur. Disebabkan setiap impian itu, dia meminta peminatnya untuk sentiasa menyokongnya.

Bakal suami pelakon drama terbaru Lookout itu ialah Cho Seong-hyun, 44, seorang pengusaha restoran popular di Korea Selatan.

Lee Si Young mula dikenali pada tahun 2008 selepas membintangi beberapa drama popular, antaranya Boys Over Flower, Real Men dan Let’s Eat Dinner Together.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Bung Mokhtar Radin dan Zizie Izette bakal timang anak kembar

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Seri Zizie Izette mengumumkan berita yang dia kini ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this: