© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Sukan / Liverpool jalani latihan di Hong Kong hadapi musim baharu

Liverpool jalani latihan di Hong Kong hadapi musim baharu


HONG KONG: Bermain dan berlatih di Hong Kong merupakan satu cabaran buat pemain Liverpool ekoran cuacanya yang panas dan lembab.

Bagaimanapun bagi pengurus kelab bola sepak Liverpool, Jürgen Norbert Klopp, proses latihan seperti ini penting sebagai persediaan yang lebih intensif untuk pemain-pemainnya menghadapi musim baharu.

Liverpool memulakan jelajah pra-musim kelab itu di Hong Kong hari ini dan bakal berdepan dengan kelab liga Inggeris Crystal Palace pada Rabu.

Peluang bermain di iklim berbeza akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama sekali apabila berdepan kelab yang bermain di liga sama.

“Kita perlu belajar untuk memberi persembahan terbaik di atas padang dalam keadaan yang sukar. Bukan satu perkara yang mudah, tetapi kita boleh manfaatkan bermain di sini,” kata Klopp.

Tambah Klopp, dia belum dapat menilai keberkesanan latihan di Asia untuk menghadapi musim baharu kerana ini merupakan kali pertama sampai ke rantau ini.

Klopp ditemui semasa sesi temu bual media dari Asia anjuran penaja utama kelab Liverpool, Standard Chartered.

Liverpool mempunyai jumlah pengikut antara yang teramai di rantau Asia, Afrika dan Asia Barat yang merupakan pasaran utama bank tersebut.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Kurt Zouma dipinjamkan ke Stoke

PERTAHANAN Chelsea, Kurt Zouma telah menyempurnakan perpindahan secara pinjaman ke Stoke City ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this: