© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / ADUN PKR Penanti Beri Kronologi Peristiwa Kilang Haram Sehingga Serbuan SPRM

ADUN PKR Penanti Beri Kronologi Peristiwa Kilang Haram Sehingga Serbuan SPRM

wakeup malaya – Penangkapan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari DAP, Phee Boon Poh oleh SPRM adalah berkaitan dengan aduan yang dibuat oleh ADUN PKR Pulau Pinang.

Dalam tulisannya hari ini, ADUN PKR tersebut memberikan kronologi peristiwa yang berakhir dengan SPRM membuat serbuan.

Beliau juga menulis:

“Baru dapat aduan yang 40 dari 500 penduduk Sg Lembu sakit kanser semasa program ziarah CNY dan mereka khuatir mungkin datang dari aktiviti pembakaran di kilang haram.”

40 orang daripada 500 menghidapi kanser.

Seseorang pasti perlu membayar harga yang mahal jika ini benar.

Dari Facebook ADUN PKR Penanti, YB Norlela Ariffin:

18 Februari 2015:
Buat lawatan mengejut bersama Pejabat Tanah dan MPSP ke kilang bakar sawdust (habuk kayu) dalam ladang kelapa sawit. Baru dapat aduan yang 40 dari 500 penduduk Sungai Lembu sakit kanser semasa program ziarah CNY dan mereka khuatir mungkin datang dari aktiviti pembakaran di kilang haram. Rupanya kilang ini telah beroperasi selama 10 tahun dan mengeluarkan asap yang hingga saya kena bawa anak saya ke hospital untuk masukkan gas! Pejabat tanah dan MPSP akan check jika ini kilang haram sebab beroperasi dalam tanah pertanian dan pembakaran tanpa ada proses kawalan. Pekerja-pekerja Myanmar tak pakai face mask pun.

6 Mei 2015 (4.00 pm):
Saya dan pegawai-pegawai ADUN Penanti mendapat aduan kecemasan berlaku kes kemalangan teruk di kilang haram yang saya baru habis mesyuarat untuk merayu pihak berkuasa untuk ambil tindakan tegas bawah akta bangunan Akta 133. Sebelum ini, saya telah bawa 5 usul untuk Sidang DUN untuk menguatkuasakan Akta 133 dan lain-lain garis panduan tetapi telah ditolak pada 30 April 2015 tapi saya akan bahas bila Sidang DUN sambung pada 11 Mei 2015 ini insyaallah dengan harapan kemalangan kebakaran yang baru berlaku tidak akan berulang lagi! Seorang drebar lori baru terbakar 93% dan dikhuatiri tidak dapat diselamatkan apabila terjatuh ke dalam pit yang bakar sawdust habuk kayu yang dibakar menjadi activated carbon untuk water heater.

Saya dah post video dan laporan kepada pihak berwajib mohon kuatkuasakan supaya struktur dan garis panduan keselamatan diikut sebelum berlaku lagi kejadian accident macam tadi terhadap drebar lori yang sedang tuang sawdust tapi terjatuh ke dalam tempat pembakaran sebab tak ada safety procedure.

Berjumpa JKKK kampung Sungai Lembu yang tolong selamatkan driver lori dan reporters suratkhabar Cina yang tengok video dan ikut saya ke kilang haram. Tapi kami diberi amaran jangan masuk dalam kilang haram yang telah beroperasi selama 10 tahun di atas tanah pertanian.

JKKK telah serah senarai penduduk yang mengalami sakit kronik kepada Jabatan Kesihatan untuk siasat punca.

MPSP kata kompaun maksima only RM250.

9 Mei 2015:
China Press dan Guang Ming Daily melaporkan kes kemalangan ngeri yang menyebabkan kebakaran 93% kepada drebar lori di kilang haram. Saya rancang nak bahaskan Isnin ini dalam Sidang Dun memohon state planning committee dan pihak berkuasa menguatkuasakan garis panduan keselamatan dan pencemaran untuk kilang-kilang haram dan aktiviti-aktiviti pembukaan tanah yang tak ikut garis panduan. Doa-doa Allah akan sembuhkan saya dan bagi energy untuk naik flight esok dan juga sembuhkan adik saya yang dihantar dari KPJ ke UH just now amin.

15 Jun 2015:
Soalan ADUN Penanti tentang kilang haram sawdust (yang berlakunya kemalangan kebakaran drebar lori pada 6.5.15 yang terjatuh dalam pit proses sawdust jadi activated carbon) dan jawapan EXCO dalam Sidang DUN selepas itu.

11 Ogos 2017:
10 August 2017 .. .. Kes sejak 18hb Feb 2015.

Saya telah memulakan dan perjuangkan sebagai ADUN Penanti dari Keadilan di dalam membela rakyat Penanti dan penduduk Sungai Lembu khususnya sejak mula saya dapat aduan dan terus buat lawatan mengejut pada 18hb Feb 2015 dan 6hb Mei 2015 bersama Pejabat Tanah, PejabatPertanian dan MPSP ke kilang bakar 2,000 tan sawdust setiap bulan.

Pada tahun ini 2017, saya telah menerima 18 mukasurat petisyen bantahan terhadap kilang haram yang masih beroperasi ini yang ditandatangani hampir 180 penduduk perkampungan. Saya telah bertanyakan status tindakan terhadap kilang ini semasa Soalan Lisan pada Sidang DUN 19-24hb Mei 2017. Kes ini di bawa ke mahkamah tetapi kilang ini hanya di saman RM1,000 saja dan masih beroperasi.

Maka, saya sebagai ADUN Penanti (Keadilan) berterima kasih pada SPRM serta semua agensi lain yang turut sama-sama membantu menyelesaikan masalah rakyat yang dipedulikan dan yang diambil berat oleh pemimpin-pemimpin Keadilan sebelum ini.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Najib Bidas Sikap Pembangkang Perlekeh Projek MRT

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this: