Antarabangsa

Kereta perisai tentera Singapura ditahan di Hong Kong

Singapura: Kementerian Pertahanan republik ini semalam berkata, sembilan kereta perisai dan kelengkapan tenteranya yang di bawa dengan kapal ditahan oleh pihak berkuasa kastam di Hong Kong. Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, kapal yang membawa kenderaan infantri lapan roda itu, Terrex berlepas ke Singapura dari Kaohsiung, selatan Taiwan apabila ia ditahan. Penahanan itu dibuat selepas China menyuarakan rasa kurang senang terhadap ...

Read More »

Sami diberi tempoh serah diri

Bangkok: Sami kontroversi, Phra Dhammachayo diberi tempoh sehingga 30 November ini untuk menyerah diri bagi menghadapi tuduhan jenayah. Polis memberi amaran akan melancarkan operasi untuk menangkapnya di kuilnya jika dia gagal berbuat demikian. Pihak berkuasa juga berusaha untuk mengesahkan sama ada sami Kuil Wat Phra Dhammachayo itu masih berada di kuil itu walaupun sami lain berkata, dia masih di situ ...

Read More »

13 pendakwa raya kaji kes Ahok

Jakarta: Pejabat Peguam Negara Indonesia membentuk satu pasukan bagi mengkaji kes menghina agama Islam membabitkan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok selepas menerima fail siasatan kes itu daripada polis semalam. Pegawai Peguam Negara Bagi Jenayah Am, Noor Rahmad berkata, dia sudah melantik 13 pendakwa raya untuk mengkaji kes itu. “Kami sudah melantik pendakwa raya yang boleh dipercayai. Mereka terdiri ...

Read More »

Diserang ketika beratur hendak makan

Xi’an (China): Sembilan orang, termasuk tujuh kanak-kanak cedera dalam serangan dengan kapak. Agensi berita Xinhua melaporkan kejadian itu berlaku di Hanzhong yang terletak di baratlaut Wilayah Shaanxi, hari ini. Penyerang, Lei Mingyue, 58, sudah ditahan selepas dikatakan menyerang murid dengan kapak pada kejadian 11.40 pagi. Serangan itu dilakukan selepas tamat waktu belajar di Daerah Hantai, bandar Hanzhong. Polis berkata, semua ...

Read More »

Ratapan Rohingya, tiada siapa peduli

SEGALANYA tentang Rohingya dalam tempoh dua minggu ini hampir kesemuanya tidak indah. Imej kezaliman serangan udara, potret cerminan keganasan rogol dan tamatkan riwayat, malah layanan lebih hina daripada haiwan, tiada langsung manusiawi segera menghantar bukan kecil kecaman sejagat. Daripada riuh kejutan dunia cakap-cakap tidak menyangka pemimpin anti-Muslim, Donald Trump menang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, dalam dua minggu ini ia ...

Read More »

Kebakaran besar di Israel 'tindakan pengganas' – Netanyahu

KUALA LUMPUR: Kebakaran hutan di Israel kini masuk hari ketiga. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata ada kemungkinan kebakaran itu disengajakan dan tidak menolak ia sebagai tindakan pengganas. “Setiap api yang disebabkan oleh pembakaran dengan niat, atau hasutan untuk menggalakkan pembakaran dengan niat, akan dilihat sebagai tindakan pengganas,” kata Netanyahu. Tambahnya, pihak berkuasa mendapati ada unsur ‘melakukan pembakaran dengan niat’. Sementara ...

Read More »

Kementerian Luar Negeri jawab laporan media mengenai keldai dadah di Peru

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri merujuk kepada beberapa laporan media akhir-akhir ini mengenai rakyat Malaysia menjadi mangsa keldai dadah, terutama sekali di Peru. Kedutaan Besar Malaysia di Peru sedia maklum mengenai individu-individu ini dan mengikuti perkembangan kes penahanan mereka sejak dari awal lagi. Dalam kes Azimah dan Suzanna, kedua-dua individu ini mempunyai suami atau pasangan dan anak warga tempatan. Ini menyebabkan ...

Read More »

31 maut nahas kereta api di Iran

Tehran: Sekurang-sekurangnya 31 terbunuh manakala 60 lagi cedera dalam nahas kereta api, lapor media Iran, hari ini. Stesen TV melaporkan, nahas berlaku apabila kereta api yang sedang bergerak merempuh kereta api yang berhenti berhampiran stesen, kira-kira 250 kilometer timur Tehran. Laporan mendakwa, empat daripada lapan yang terbunuh di lokasi nahas adalah pekerja kereta api yang berada dalam kedua-dua kereta api ...

Read More »

Beratus kediaman rosak

Baitulmaqdis: Pihak berkuasa Palestin, hari ini, menawarkan pasukan bombanya untuk membantu Israel yang terbakar, terutama di bandar ketiga terbesarnya, Haifa. Sehingga ini, rejim itu masih bertarung untuk mengekang lebih 12 kebakaran lain di seluruh negara itu, pada hari keempat berturut-turut. Sehingga petang ini, kira-kira 60,000 penduduk masih belum kembali ke rumah masing-masing selepas menyelamatkan diri daripada kebakaran besar di Haifa ...

Read More »

67 korban perancah runtuh

Beijing: Sekurang-kurangnya 67 orang terbunuh dalam kejadian perancah runtuh di sebuah kawasan pembinaan di Jiangxi, wilayah timur China pagi semalam. Platform untuk kerja pembinaan menara penyejuk sebuah loji tenaga yang dibina di bandar Fengcheng runtuh kira-kira jam 7.30 pagi (waktu tempatan), kata seorang pegawai Pentadbiran Keselamatan Pekerja menerusi telefon. Sementara itu, badan penyiar kebangsaan CCTV melaporkan seramai 67 maut manakala ...

Read More »