© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Lambakan filem Hollywood di China Jackie Chan akui tidak tergugat

Lambakan filem Hollywood di China Jackie Chan akui tidak tergugat


PELAKON popular antarabangsa Jackie Chan, 62, akui lambakan filem Hollywood di China tidak sedikit pun memberi kesan terhadap kerjaya seninya.

Menurut laporan Daily Mail, Jackie Chan menganggap perkara itu sebagai satu cabaran yang besar kepada penggiat filem-filem tempatan di China.

“Seperti semua orang tahu, di Hollywood mereka mempunyai teknologi yang lebih canggih daripada kita (China).

“Jadi perkara itu secara tidak langsung memberi peluang kepada pengarah dan pelakon untuk belajar memperbaik mutu lakonan dan kualiti dalam filem keluaran mereka.

“Sejujurnya saya juga mempunyai rasa bimbang dan takut dengan lambakan filem Hollywood, namun saya percaya tekanan seperti ini adalah sesuatu yang positif kepada semua.

“Sekiranya lebih banyak filem yang masuk, jadi kami boleh memperbaik kualiti keluaran filem pada masa akan datang,” katanya.
 


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Batal sesi fotografi saat akhir

Ini bukan kali pertama Cik Pang dengar sikap penyanyi rap popular, Waris ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved