© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / Goku Jadi Maskot Sukan Olimpik Tokyo

Goku Jadi Maskot Sukan Olimpik Tokyo

Karakter anime popular, Son Goku bakal menjadi duta Sukan Olimpik di Tokyo tiga tahun akan datang.

Walaupun tempohnya masih panjang, Jawatankuasa Olimpik Tokyo telah mengumumkan bahawa mereka memilih karakter daripada siri animasi Dragon Ball Z itu sebagai maskot utamanya, lapor AstroGempak.

Selain Goku, antara karakter lain yang bakal mewarnai temasya berprestij itu nanti ialah Naruto, Luffy, Sin Chan, Pretty Cure, Sailor Moon dan Astroboy.

Bagaimanapun, karakter-karakter popular daripada animasi Pokemon seperti Pikachu tidak tersenarai untuk karakter pilihan sukan tersebut.

Langkah promosi negara matahari terbit itu pun sudah bermula apabila cenderamata karakter-karakter kesayangan ramai itu sudah mula dijual.

“Selebriti animasi popular itu digunakan untuk menarik minat golongan muda terutamanya. Ia juga langkah terbaik untuk mempromosi dan meraikan budaya karakter animasi Jepun,” kata wakil penganjur kepada Konbini.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe juga awal-awal lagi sudah mendedahkan negaranya bakal mempromosikan budaya terkenal Jepun sejak upacara penutup Sukan Olimpik di Rio, Brazil tahun lalu.

Ketika acara itu, beliau muncul dengan menyarung maskot Super Mario.

Sukan Olimpik Tokyo akan bermula pada 24 Julai hingga 9 Ogos tahun 2020.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Remaja Pandu Lawan Arus Sebabkan Kematian Hadapi Pertuduhan Kedua Esok

BUKIT MERTAJAM – Remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved