© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / 62 Maut, Lebih 12,000 Rumah Musnah Akibat Bencana Alam Di Peru

62 Maut, Lebih 12,000 Rumah Musnah Akibat Bencana Alam Di Peru

LIMA – Hujan lebat yang digambarkan sebagai bencana luar biasa melanda Peru hingga mengakibatkan kira-kira 62 orang maut, manakala 12,000 rumah musnah.

Lebih memburukkan keadaan apabila berlaku banjir, tanah runtuh dan ribut akibat cuaca buruk sejak tiga hari lalu.

Pihak berkuasa menjangkakan hujan lebat disebabkan  pemanasan permukaan perairan di timur Lautan Pasifik akan berterusan selama dua minggu lagi.

Sementara itu, sekolah di seluruh negara juga ditutup selepas Sungai Huaycoloro melimpah dan menghanyutkan dua lori.

Malahan, keadaan air yang deras juga mengancam keselamatan jambatan yang menjadi kegunaan harian penduduk.

Pada lewat Rabu malam, Presiden Pedro Pablo Kuczynski, mengumumkan pihak berkuasa menawarkan penempatan sementara dan bantuan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal. – mstar


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Dr. Mahathir perlu cermin diri, tiada pendirian – Pas

Pemimpin-pemimpin kanan Pas hari ini tampil mengecam kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved