© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Muah Ciked: Kejutan manis 16 Mac

Muah Ciked: Kejutan manis 16 Mac

Salam Ahad dan terima kasih kepada yang setia membaca kolum adik ini. Minggu ini sangat istimewa buat adik kerana ulang tahun kelahiran adik.

Alhamdulillah, tahun ini umur dah 25 tahun tapi adik masih nampak muda dan remaja, bukan? Opps… terpuji diri sendiri pulak!

Macam mana adik sambut hari jadi tahun ini? Jom adik kongsi sikit majlis istimewa baru-baru ini. Ia berlangsung pada 16 Mac lalu ketika adik berada di set penggambaran Ku Kirim Cinta. Banyak babak manis.

Rasa tak terfikir pun nak sambut hari jadi sebab sibuk dengan aktiviti lakonan, baju dan hafal skrip. Poyo ‘kan bunyi ayat ini… tapi memang betul.

Habis penggambaran pada hari itu kira-kira jam 10 malam dan semua orang baru nak menjamu selera untuk makan malam.

Pada kala adik sibuk menikmati hidangan makan malam itu, tiba-tiba ada kejutan. Percaya tak, ketika itu adik gementar. Nak tau tak, apa yang terjadi?

Dah macam nak buat novel pulak, kan? Tiba-tiba ada suara dari belakang menyanyi lagu selamat hari jadi. Terkejutlah adik apabila beberapa kru produksi datang dengan kek dan bunga. So sweet! Terima kasih, ya, pasukan kerja Ku Kirim Cinta sebab sudi raikan hari jadi adik.

Selepas selesai di set penggambaran, adik rasa badan panas, macam nak demam. Sampai saja di bilik resort, adik terus mandi dan tidur.

Belum sempat lelapkan mata, tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Apabila adik buka pintu, terus muncul Redza Rosli bersama ahli kelab AJS yang datang buat kejutan.

Hanya mengenakan pakaian tidur dan muka baru bangun, terus sambut hari jadi. Okaylah, ‘kan? Tengah seronok raikan hari jadi, tiba-tiba datang lagi nyanyian happy birthday!

Daripada siapa? Kali ini daripada abang Zul Huzaimi, isteri dan beberapa kru produksi. Kebetulan abang Zul pun ada penggambaran dan menginap di resort yang sama. Jadi, lagi meriahlah sambutannya.

Apapun, terima kasih semua termasuk yang memberi ucapan dan doa buat adik. Sangat membuatkan adik terharu.

Orang cakap umur itu hanya angka. Kadangkala ada orang umur kecil, muda tetapi tahap kematangan melebihi orang lebih dewasa. Selain itu, ada juga yang sudah dewasa tapi masih keanak-anakan. Adik pula rasanya dalam kategori mana, ya?

Mungkin adik sesuai diletakkan pada kategori di tengah-tengah. Dalam erti kata lain, jenis yang ‘flexible’. Ada masa adik boleh bersikap keanak-anakan mengikut situasi dan suasana. Kadangkala kita perlu ceriakan suasana supaya orang jadi lebih selesa.

Tetapi jangan ingat sikap kebudak-budakan adik itu orang boleh buat pijak kepala. Rasanya mungkin ramai yang tidak tahu mengenai adik. Adik ni tegas orangnya, lebih-lebih lagi apabila berkait dengan urusan kerja. Jangan cuba main-main, ya!

Namun sejujurnya, tak ada apa yang adik mahukan daripada anda semua selain doa yang baik buat adik. Adik tak perlukan hadiah yang mahal, cukuplah cuma doa, sokongan dan kasih sayang tak berbelah bahagi anda semua buat adik. Itu sudah memadai.

Semalam kelab peminat adik, Ayda Jebat Screamer (AJS) menganjurkan aktiviti hari keluarga sempena sambutan hari jadi adik.

Tapi cerita untuk majlis itu akan adik kongsi pada minggu depan, ya! Apa

yang jadi dan aktiviti dilakukan. Termasuk kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang majlis istimewa adik itu berlangsung.

Terima kasih sekali lagi buat semua cinta hati adik. Walaupun semakin tua, adik tetap ‘baby’ di hati awak semua.

#HappyBirthdayToMe


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Acara rai peminat drama | Harian Metro

Melihat perkembangan positif drama tempatan yang semakin mendapat sambutan, Astro bakal menganjurkan ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved