© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Perjuangan Kanang dikenang | Harian Metro

Perjuangan Kanang dikenang | Harian Metro

Mengangkat keperibadian pejuang yang tidak dikenali sebahagian besar golongan generasi muda bukan hal mudah kerana hanya yang ambil tahu sejarah tempatan akan menyelami kisah hidup mereka.

Kita pernah dihidangkan dengan filem watak rekaan, Sergeant Hassan lakonan Tan Sri P Ramlee, filem berdasarkan watak sebenar Leftenan Adnan arahan Aziz M Osman dan Bravo 5 arahan Yeop Hitler.

Namun dengan adanya usaha melalui filem, tidak mustahil lebih ramai pejuang yang tidak didendang mendapat perhatian sewajarnya selepas ini.

Menariknya, filem ini memiliki fizikal sempurna. Kerja kamera yang estetika, penggredan warna sesuai dengan latar zaman, kostum, prop dan premis yang tepat dan runut bunyi yang bagus.

Penonton pasti kagum dengan teknik kerja kamera yang hebat. Contohnya kerja kamera dari dalam air, dari udara melalui helikopter atau dron dan ketika babak aksi perang dalam hutan.

Penggunaan prop senjata sebenar yang menggunakan peluru kapur menjadikan setiap babak aksi dalam perang lebih realistik.

Malangnya, penampilan pelakon tidak segah fizikal filem. Langgi yang memegang watak mendiang bapanya bukan pelakon. Biarpun ia satu penghormatan buat pencinta sejarah, ia berbeza buat pencinta filem.

Reaksi dan riak wajah Langgi kosong. Dia berjaya membawa nama bapanya tetapi gagal membawa perasaan yang sepatutnya untuk penonton rasai.

Hanya babak Kanang remaja lakonan Ranger Mampi anak Limbi berjaya meyakinkan penonton melalui lakonannya yang bersahaja.

Dari segi pelakon sedia ada, mereka sekadar penampilan khas yang tidak diberi ruang luas untuk menyampaikan dialog.

Johan sekadar dua rangkap dialog, Adi sekadar satu rangkap begitu juga pelakon lain. Ada antara mereka terus tenggelam dan tidak diangkat dengan sebaik-baiknya, seolah-olah lebih baik menggunakan khidmat pelakon tambahan berbanding pelakon ada nama.

Jujurnya, pelakon membawa watak komunis, Jimmy, Jerica dan Ruzana jauh lebih menyerlah berbanding barisan pelakon lain.

Apa sekalipun, Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior tetap layak dijadikan bahan rujukan masa depan demi bangsa dan negara.

INFO

• FILEM: Kanang Anak Langkau – The Iban Warrior

• ARAHAN: Bade Azmi

• PELAKON: Langgi Kanang, Johan As’ari, Zack Francis, Taufik Hanafi, Adi Putra, Aidil Aziz, Jay Iswazir, Ruzana Ibrahim, Jimmy Leong, Jerica Lai, Selvakumar, Joseph Abraham, Ranger Mampi Limbi, Liviona Guing

• GENRE: Drama biografi

• TAYANGAN: 16 Mac 2017

• ULASAN: Amirul Haswendy Ashari


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Batal sesi fotografi saat akhir

Ini bukan kali pertama Cik Pang dengar sikap penyanyi rap popular, Waris ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved