© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / Lebih RM5 juta tiga minggu

Lebih RM5 juta tiga minggu

Kuala Lumpur: Filem aksi, J Revolusi terus menerima sambutan yang memberangsangkan daripada penonton apabila kutipan berjaya melepasi RM5 juta selepas tiga minggu ditayangkan.

Pengurus Besar Inovasi & Edaran, Primeworks Distribution Sdn Bhd, Marini Ramlan berkata, pihaknya amat gembira dengan pencapaian J Revolusi yang meneruskan tayangan minggu ketiga dengan 106 lokasi pawagam.

“Lebih membanggakan buat kami apabila kini kutipan tayangan sudah menjangkau ke RM5 juta dan ditonton lebih 385,000 penonton.

“Apatah lagi, cuti sekolah yang baru saja bermula, kami berharap warga Malaysia akan ke panggung untuk menonton filem aksi yang mengetengahkan skuad elit PDRM kebanggaan negara iaitu Unit Tindakhas ini,” katanya.

Selain padat dengan aksi-aksi pertempuran, J Revolusi turut mengetengahkan nilai-nilai kekeluargaan.

J Revolusi yang juga ditayangkan di Singapura sejak 10 Mac lalu turut mendapat sambutan yang luar biasasehingga menarik minat pawagam Rex Cinema untuk menambah lokasi tayangan filem berkenaan di McKenzie Road bagi memenuhi permintaan penonton.

Filem lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil, Izara Aishah dan Nur Fazura itu mula menemui penonton di seluruh pawagam tanah air sejak 2 Mac lalu.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Batal sesi fotografi saat akhir

Ini bukan kali pertama Cik Pang dengar sikap penyanyi rap popular, Waris ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved