© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Sukan / Kontrak lanjutan Zlatan terus jadi tanda tanya

Kontrak lanjutan Zlatan terus jadi tanda tanya


PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho, berkata beliau tidak dapat memberikan maklumat mengenai situasi kontrak Zlatan Ibrahimovic.

Penyerang veteran itu masih belum menandatangani kontrak untuk kekal di Old Trafford selepas spekulasi menyatakan dia bakal meninggalkan kelab di penghujung musim, dengan Napoli berminat mendapatkan khidmat pemain itu.

Terdapat juga laporan juga yang menyatakan Ibrahimovic bersetuju untuk bersama United semusim lagi selepas cemerlang pada musim pertamanya beraksi di England, meledak 26 gol dalam semua pertandingan.

“Saya tidak memiliki sebarang maklumat, saya tidak memiliki sebarang berita. Buat dua hari akan datang, saya tidak mahu mendengar sebarang berita,” kata Mourinho.

Ibrahimovic digantung ketika United melakar kemenangan 3-1 ke atas Middlesbrough di Stadium Riverside, dengan Marouane Fellaini, Jesse Lingard dan Antonio Valencia meledak gol bagi memastikan tiga mata buat The Red Devils.

Marcus Rashford, yang mengetuai jentera serangan pasukan pelawat memberikan saat sukar kepada Ben Gibson, terlepas dua peluang untuk menjaringkan gol.

Pemain kebangsaan England itu sudah gagal meledak gol bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 24 September, namun Mourinho tetap gembira dengan persembahan yang dipamerkannya.

“Rashford memiliki kualiti yang berbeza daripada Zlatan, kami perlu bermain dan menyesuaikan diri mengikut kualiti yang dimilikinya.

“Dia menghadapi kesukaran menjaringkan gol tetapi pergerakannya sangat bagus, dia mampu mengelirukan pertahanan lawan,” ujar Mourinho.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

England mahu menjadi pasukan terbaik – Ward-Prowse

England mahu menjadi pasukan terbaik di dunia dan kini memiliki pengendali tepat ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved