© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Facebook / USAHA KERAJAAN MEMANTAPKAN PENDIDIKAN MELALUI TN50 Pelan Transformasi Nasional …

USAHA KERAJAAN MEMANTAPKAN PENDIDIKAN MELALUI TN50 Pelan Transformasi Nasional …

USAHA KERAJAAN MEMANTAPKAN PENDIDIKAN MELALUI TN50

Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah penting dalam menentukan satu wawasan baru bagi negara selepas 2020. Inisiatif Perdana Menteri mengadakan sesi interaksi bersama golongan belia pada Dialog Perdana sekaligus melancarkan TN50 baru-baru ini, secara tidak langsung mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam menetapkan hala tuju Malaysia untuk menjadi 20 negara utama menjelang 2050.

Di samping isu pentadbiran kerajaan, pembangunan, ekonomi dan jatidiri rakyat, isu pendidikan turut menjadi topik utama yang mendominasi sesi dialog itu, bertepatan konsep TN50 yang menjadi dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020 kerana TN50 adalah kesinambungan dasar-dasar rancangan jangka panjang negara yang telah diasaskan sebelum ini.

#TN50 #TransformasiNasional #TransformasiNasional2050

TN50 bertujuan memastikan kerangka pendidikan negara berada pada landasan kukuh dan jelas dalam mencorakkan generasi pelapis negara.

Sistem pendidikan negara kita berevolusi dan ia wajar diperkemaskan seawal peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat tertinggi. Ini kerana pendidikan adalah hak asasi setiap warganegara.

Sesi Dialog Perdana TN50 adalah strategi terbaik sekaligus menjadi platform untuk generasi Y dan Z menyuarakan pandangan dan idea mereka untuk pembangunan negara. Kerajaan meletakkan kepercayaan serta harapan kepada anak muda kerana merekalah pewaris negara dan secara tersiratnya merekalah generasi yang lahir pasca era Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Bagaimanapun, dialog sahaja tidak memadai. Anak-anak muda ini perlu diberikan tempat dan peluang yang lebih bermakna khususnya pada kedudukan eksekutif dan legislatif dalam pemerintahan negara agar pelaksanaan terhadap aspirasi ini dapat berjalan dengan lebih berkesan.

Kementerian pendidikan dan kementerian pendidikan tinggi akan fokus kepada modul penjanaan modal insan yang progresif dan seimbang. Kepantasan perubahan teknologi menuntut pelajar untuk sentiasa menguasai pelbagai ilmu lebih-lebih lagi apabila kebanyakan urusan semuanya dilakukan secara dalam talian termasuklah ‘online business’ atau ‘e-bussiness’.

Dengan memperbanyak program atau kursus berkaitan teknologi dan keusahawanan ia akan memudahkan misi untuk melahirkan graduan mahir teknologi serta berminda usahawan.

TN50 yang diketuai Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin adalah inisiatif yang amat bermakna terutama buat pelajar Malaysia di luar negara. Ini kerana berada di luar negara membuatkan pelajar merasakan negara luar lebih baik dari negara sendiri mengakibatkan ramai yang membuat keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia.

Justeru, dengan adanya TN50 ia menjadi platform yang boleh digunakan pelajar Malaysia di luar negara untuk memberi idea atau membawa pulang idea baharu agar boleh dipraktikkan di Malaysia mengikut acuan tempatan.

Source by [author_name]

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Ada sesapa yang boleh pertikai??? #SahabatSMB #MOFCommAda sesapa yang boleh pe…

Ada sesapa yang boleh pertikai??? #SahabatSMB #MOFComm Ada sesapa yang boleh pertikai??? ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved