© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Hiburan / 7 fakta hebat Pyka gadis yang tular gara-gara wajah seiras Aiman Tino

7 fakta hebat Pyka gadis yang tular gara-gara wajah seiras Aiman Tino

SELEPAS tular di laman sosial dua hari lalu gara-gara memiliki wajah mirip penyanyi Aiman Tino, Nur Syafiqah Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Pyka memberitahu dia dikecam teruk hingga dipanggil bodoh.

“Hampir setiap minit saya menerima pengikut baru di Instagram dan mesej bertalu-talu. Ada yang memaki-maki saya sampai panggil saya bodoh tapi ramai juga yang memberikan kata-kata positif.

“Awal-awal memang terkejut sebab dapat komen yang macam-macam, sampai ada yang tag akaun Aiman Tino di gambar-gambar saya. Stress pun ada sebenarnya.

“Tapi selepas sehari dua, saya lebih tenang, tak rasa nak marah atau tertekan lagi,” katanya eksklusif kepada Astro Gempak.

Pyka, 18, menegaskan dia tidak terkesan apabila disamakan dengan penyanyi lelaki itu namun menyifatkan perbuatan menyamakan wajah mereka satu perkara yang melucukan.

“Memang ada kawan-kawan tegur yang muka saya macam Aiman Tino, mungkin daripada sudut tepi. Tapi saya tetap tidak merasakan kami seiras,” tegasnya.

Bercerita mengenai penangan selepas tersebarnya gambarnya yang disunting bersebelahan Aiman Tino, kata gadis kelahiran Pahang itu, dia terkejut apabila ada individu yang tiba-tiba menjerit memanggil nama Aiman Tino ketika dia berhenti di lampu isyarat.

“Semalam ada yang menjerit memanggil nama Aiman Tino ketika saya berhenti di lampu isyarat. 

“Masuk ke sebuah restoran pula ada yang terjerit-jerit cakap Aiman Tino datang makan. Malah ketika di kedai mak saya pun sekarang saya terpaksa bersembunyi di dapur sebab ada pelanggan datang cakap nak jumpa Aiman Tino,” luahnya.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa Pyka dan kenapa tiba-tiba gambarnya tular di media sosial baru-baru ini. Jadi, kami kongsikan info menarik mengenai gadis tersebut.

1) Anak jati Temerloh, Pahang

Pyka merupakan anak kelahiran Temerloh, Pahang dan beberapa kali bertukar sekolah. Kali terakhir menuntut di SMK Abu Bakar dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya lulus semua subjek SPM tahun lalu. Buat masa ini tiada perancangan untuk melanjutkan pelajaran lagi,” katanya yang ingin membantu keluarga dalam bisnes.

Astro Gempak

2) Anak ketiga daripada 5 beradik

Mempunyai lima adik-beradik dan merupakan anak ketiga. Salah seorang daripada abangnya sering dikatakan berwajah seakan-akan sama dengan Pyka.

“Saya anak perempuan sulung dalam keluarga dan orang selalu cakap wajah saya dan abang saya hampir sama. Mungkin ikut muka ayah,” katanya.

Astro Gempak

3) Keluarga suka bisnes

Kedua-dua ibu dan ayahnya mengusahakan perniagaan makanan dengan membuka restoran. Cawangan pertama Nasi Ayam Kak Mala di Temerloh kini sudah melebarkan sayap dengan membuka dua cawangan tambahan di Bera.

Astro Gempak

4) Bakat berlakon

“Saya tak pandai menyanyi tapi minat berlakon dan menari. Ketika bersekolah di Jerantut saya pernah menyertai kelab teater dan beberapa kali berlakon atas pentas,” tambah Pyka.

Astro Gempak

5) Jaguh bola jaring

Minat bersukan sejak kecil dan gemar bermain sukan bola jaring.

“Selalunya saya akan menjaga bahagian pertahanan.

“Paling tinggi pun pernah bertanding di peringkat Sukan Remaja di Pahang pada tahun 2015. Selebihnya hanya wakil sekolah sampai daerah,” ujarnya.

Astro Gempak

6) Tidak kenal Aiman Tino

Pyka mengakui dia tidak mengenali Aiman Tino sehingga gambarnya tular di Internet, namun pada masa sama khuatir situasi ini akan menjejaskan nama penyanyi itu.

“Sebelum viral, kawan-kawan ada memberitahu bahawa wajah saya mirip Aiman Tino tapi jujur saya katakan saya kurang mengenalinya sampailah dua hari lepas,” kata Pyka.

Mahu bertemu Aiman Tino? Jawab Pyka: “Entahlah, saya takut sebab orang cakap nanti saya akan tengok cermin.”

Astro Gempak

7) Semakin popular

“Pada mulanya saya cuma ada lebih kurang 4,000 pengikut di Instagram, sekarang sudah mencecah 8,000 orang. Memang terkejut!” jelasnya.

Astro Gempak

8) Pernah jual tudung

Mula berjinak-jinak dalam bidang bisnes sejak tahun lalu selepas habis peperiksaan SPM dengan menjual tudung secara online menggunakan jenama qasyascarf.

“Kini saya lebih gemarkan bisnes makanan dan mula menjual churros di restoran milik ibu saya,” kata Pyka.

Astro Gempak

Teks oleh: Amri Hassan


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Acara rai peminat drama | Harian Metro

Melihat perkembangan positif drama tempatan yang semakin mendapat sambutan, Astro bakal menganjurkan ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved