© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / Nazri: Saya pejuang jalanan, mampu hadapi situasi sukar

Nazri: Saya pejuang jalanan, mampu hadapi situasi sukar

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin bagaimanapun berkata perdebatan itu akan hanya menyusahkan perdana menteri.

nazri-mahathir

KUALA LUMPUR: Menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz mengisytiharkan dirinya sebagai “pejuang jalanan” menjelang perdebatannya dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mac ini.

Nazri berkata beliau tahu bagaimana hendak menangani situasi “sukar”.

“Saya memang pejuang jalanan. Saya bagaimana hendak keluar daripada situasi sukar. Anda bersendirian untuk berlawan,” katanya berhubung sesi debatnya dengan bekas perdana menteri itu di Padang Rengas.

Nazri juga tidak menggalakkan penyokong BN dan Umno menghadiri debat itu, dan berkata beliau mampu pergi seorang dan juga kerana beliau tidak mahu mengulangi perkara yang sudah pun diketahui.

Memandangkan beliau ke sana untuk “meyakinkan pembangkang”, Nazri berkata beliau lebih suka kalau penyokong Dr Mahathir yang menghadiri debat itu.

“Lebih baik begitu. Saya tidak mahu bercakap dengan wakil Umno. Saya hendak bercakap pada pembangkang. Biar mereka dengar penjelasan saya,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM dan bekas ketua pengarang New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin bagaimanapun meramalkan penyertaan Nazri dalam debat itu akan hanya menyusahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi blognya hari ini, Kadir berkata Nazri tidak akan mewakili kerajaan atau Umno, tetapi hanya dirinya sendiri dan “egonya yang cukup besar” dalam debat itu.

Beliau menggelar Nazri mulut celopar yang tidak akan dapat mempertahankan Najib apabila Dr Mahathir membangkitkan persoalan menyelubungi pentadbiran Najib, atau menimbulkan masalah untuk Najib.

Kadir berkata tidak mungkin Nazri akan dapat mempertahankan Najib sepenuhnya kerana ahli Parlimen Padang Rengas itu tahu perdana menteri ialah “beban kepada Umno dan kerajaan”.

“Dia kena fikir pandangan rakyat jelata sebab silap-silap Najib kekal di Pekan tapi dia kecundang di Padang Rengas.

“Kalau dia nak jadi hero dan pertahan kerajaan pun tak ada gunanya sebab dia sendiri tahu banyak dasar dan rancangan kerajaan di bawah Najib menyusahkan rakyat jelata.

“Saya rasa secara diam-diam dia berharap bahas itu dibatalkan. Tapi kalau diteruskan juga, dia akan pertahankan ego dia saja,” katanya.

Debat Dr Mahathir-Nazri akan diadakan di kawasan Nazri iaitu di MRSM Sultan Azlan Shah di Padang Rengas, Perak.

Perdebatan itu diadakan susulan cabar mencabar antara 2 pemimpin itu.

Kontroversi 1MDB dan BMF serta derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dijangka akan dibangkitkan ketika debat itu.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Dr. Mahathir perlu cermin diri, tiada pendirian – Pas

Pemimpin-pemimpin kanan Pas hari ini tampil mengecam kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved