© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / PPBM Kini Sah Anggota Keempat Pakatan Harapan

PPBM Kini Sah Anggota Keempat Pakatan Harapan

AIDCNews – 20/03/17 – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kini telah disahkan menjadi anggota keempat Pakatan Harapan (PH) yang diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, pada Isnin.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan, yang bermesyuarat pada hari ini telah memutuskan, dengan sebulat suara untuk menerima hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai anggota Pakatan Harapan.

“Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut,”menurut kenyataan majlis itu yang ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

PH yang sebelum ini dianggotai tiga parti, DAP, PKR dan Amanah juga akur dengan gesaan Pengerusi PPBM, Dr Mahathir yang mahukan mengunakan satu logo dengan berdaftar dengan pandaftar pertubuhan (RoS).

Walau bagaimana pun, tidak bersetuju nama PH ditukar kepada nama baharu.

“Mesyuarat Majlis Presiden juga bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan.

“Mesyuarat bersetuju berbincang dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baharu,”tambah kenyataan itu lagi.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Mari Bantu Orang Gelang Patah Cari Warga Emas Ini

Di kawasan Parlimen Gelang Patah, nampaknya penduduk di sana sedang kehilangan Ahli ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved