© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / Rewcastle-Brown antara sumber WSJ dalam laporan Saudi Aramco

Rewcastle-Brown antara sumber WSJ dalam laporan Saudi Aramco

Datuk Rahman Dahlan berkata laporan mendakwa syarikat Arab Saudi itu menarik diri urus niaga Pengarang memetik sumber daripada pengarang Sarawak Report dan beberapa pembangkang.

DEWAN RAKYAT

rahman-dahla-saudi-aramco

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahman Dahlan mendakwa beliau tahu identiti sumber dalam laporan Wall Street Journal (WSJ) berhubung Saudi Aramco menarik diri daripada Pengereng Oil Refinery.

Beliau mendakwa salah seorang sumber itu ialah Claire Rewcastle Brown yang juga pengarah Sarawak Report.

“Dua atau tiga orang lagi sumber itu ialah pembangkang,” katanya di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim kemudian bangun dan bertanya: “Siapa ‘3 stooges’ itu?”

Ko Chung Sen (DAP-Kampar) dalam soalan awalnya bertanya mengenai kos pembangunan di Pengerang.

WSJ pada 26 Januari memetik 3 sumber yang berkata Saudi Aramco menarik diri daripada projek Pengerang.

Rahman berkata pelaburan Saudi Aramco hanya sebahagian daripada Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Bagaimanapun, katanya Rapid hanya sebahagian kecil daripada Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

Beliau berkata kos pembangunan Kompleks Industri Petroleum Pengerang ialah AS$27 bilion.

“Urus niaga Aramco ialah AS$27 bilion yang akan melabur dalam projek Petronas Pengerang,” katanya.

Katanya, Petronas dan Saudi Aramco sedang dalam perbincangan yang bermula sejak 2 tahun lalu dan tempoh lama diambil kerana membincangkan jumlah kosnya.

“Perdana menteri menghantar delegasi di mana saya turut terlibat, beberapa kali untuk memuktamadkan dengan kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu,” katanya.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Remaja Pandu Lawan Arus Sebabkan Kematian Hadapi Pertuduhan Kedua Esok

BUKIT MERTAJAM – Remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved