© Copyright 2017, All Rights Reserved
Home / Politik / Kacau Isteri Orang, Dibelasah Penduduk

Kacau Isteri Orang, Dibelasah Penduduk

 

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga Pakistan, 41, cedera dibelasah penduduk kampung selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap isteri orang dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Mulong di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran berusia 32 tahun datang ke kedai tersebut membeli barang ditemani adik lelakinya yang menunggu di dalam kereta, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, ketika wanita terbabit mahu membuat pembayaran, suspek yang bekerja di kedai runcit tersebut secara tiba-tiba mengajukan soalan berbaur lucah kepada mangsa yang diulanginya sebanyak empat kali.

Katanya, suspek menunjukkan isyarat jari kelengkeng yang menggambarkan perbandingan kemaluan suami mangsa dengan suspek.


Source link

Tinggalkan Ulasan Anda

About admin

x

Check Also

Remaja Pandu Lawan Arus Sebabkan Kematian Hadapi Pertuduhan Kedua Esok

BUKIT MERTAJAM – Remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan ...

© Copyright 2017, All Rights Reserved